Preview only show first 10 pages with watermark. For full document please download

Buat Duit Dengan Mudah.my

   EMBED


Share

Transcript

www.seminarmudah.my   1 www.seminarmudah.my   2 Perhatian Ebook ini telah dihasilkan untuk tujuan berkongsi pendapat, pengajaran dan menyalurkan maklumat umum mengenai tajuk yang dibincangkan. Ia tidak boleh dianggap sebagai mengandungi nasihat kewangan, perniagaan atau perundangan. Segala teknik dan idea yang dikongsi di dalam ebook ini mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin akan menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak. Segala logo, slogan, barangan dan harta intelek yang terkandung di dalam ebook ini samaada secara tulisan atau visual adalah hak milik syarikat pengeluar dan pemiliknya masing-masing. Penulis adalah pihak berkecuali yang tidak mempunyai sebarang hubungan atau kaitan dengan pemilik laman web www.mudah.my iaitu syarikat Mudah.my Sdn Bhd. Harap maklum. (YA) Anda boleh menggunakan ebook ini sebagai sumber rujukan untuk tujuan peribadi (YA) Anda boleh memberikan ebook ini secara percuma atau sebagai bonus hanya dari link www.seminarmudah.my/bonus sahaja (TIDAK) Anda tidak boleh menjual ebook ini kepada individu lain (TIDAK) Anda tidak boleh menukar sebarang maklumat atau tulisan di dalam ebook ini (TIDAK) Anda tidak boleh menukar sebarang pautan di dalam ebook ini www.seminarmudah.my   3 Kenali Penulis Hi dan salam sejahtera. Nama saya Umar Taib. Kepakaran saya ialah berniaga secara online. Antara laman web yang menjadi kegemaran saya berniaga adalah Mudah.my. Kenapa saya memilih Mudah.my? Anda akan temui jawapannya setelah habis membaca ebook ini. Saya telah menggunakan Mudah.my sejak tahun 2009. Di bawah, anda boleh lihat emel daripada Mudah.my yang dihantar kepada setiap pengguna Pro Niaga setelah mendaftarkan akaun. Akaun Pro Niaga saya yang pertama didaftarkan atas nama Hala Maya. Ini bersempena dengan nama perniagaan yang saya daftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) iaitu Hala Maya Resources. Ia merupakan nama perniagaan rasmi saya yang pertama. Sebelum itu semasa bergelar pelajar universiti saya berniaga secara ‘haram’ saja. Hehe. Sepanjang berniaga di Mudah.my, saya mendapat pelbagai soalan daripada rakan-rakan yang ingin mencuba juga. Ada yang tanya macam mana nak mula, apa yang boleh dijual, senang ke nak letak iklan, berapa kena bayar, kenapa iklan selalu kena tendang dan macam-macam lagi lah. Kan bagus kalau saya dibayar oleh pihak Mudah.my untuk memberikan khidmat pelanggan ini. =P www.seminarmudah.my   4 Ini antara soalan yang ditanyakan kepada saya di forum dan di Facebook. Kadang-kadang saya terpaksa menghidupkan status Go Offline di Facebook akibat lambakan soalan yang diterima apabila orang perasan saya sedang Online. Bukannya kedekut ilmu. Tapi dah tak larat nak jawab kepada sorang-sorang dengan soalan masing-masing. www.seminarmudah.my   5 Maka saya pon berkongsikanlah pengalaman dan ilmu saya berniaga di Mudah.my di blog, forum dan program yang saya anjurkan. Ini lebih baik kerana saya dapat kongsikan sekali gus kepada ramai orang. Di bawah adalah antara perkongsian saya di forum Wang Cyber. www.seminarmudah.my   6 Ini pula di blog saya. www.seminarmudah.my   7 www.seminarmudah.my   8 Saya juga suka berkongsikan ilmu dan pengalaman saya di program-program yang dianjurkan pihak lain atau saya sendiri. www.seminarmudah.my   9 Ingin saya kongsikan sedikit kata-kata positif yang diterima di Facebook yang membuatkan saya terus bersemangat berkongsikan ilmu dan pengalaman saya berniaga di Mudah.my. www.seminarmudah.my   10 Di Mudah.my, saya telah mengiklankan berbagai-bagai produk dan servis. Antaranya ialah: 1. Kamera Digital 2. MP4 3. MP3 4. Game 5. Radio 6. Baju 7. Seluar 8. Topi 9. Jaket 10. Sticker 11. CD 12. DVD 13. Peralatan pejabat 14. Peralatan sekolah 15. Cenderahati 16. Servis menjahit 17. Servis percetakan 18. Sewakan peralatan audio dan video 19. Aksesori Telefon 20. Sewakan pejabat 21. Carikan pekerja untuk kilang 22. Dan banyak lagi.. Setiap produk dan servis yang saya iklankan, ada yang sememangnya dipunyai oleh saya dan ada yang saya sekadar iklankan produk dan servis milik orang lain. Mesti ada yang tertanya-tanya, kenapa saya iklankan produk dan servis orang lain? Ini sebenarnya adalah salah satu cara untuk saya buat untung atas angin! Di ebook ini saya akan kongsikan bersama anda Teknik Buat Duit Dengan Mudah.my Tanpa Menjual Produk Sendiri. Ingin saya maklumkan di sini juga bahawa saya bukanlah wakil daripada Mudah.my atau diupah pihak Mudah.my untuk memberikan perkongsian ini. Saya hanyalah salah seorang daripada ribuan usahawan di Mudah.my. Yang membezakan saya dengan yang lain ialah, saya usahawan SUPER! Usahawan Super bukan sekadar buat duit untuk diri sendiri, tetapi turut membantu orang lain buat duit untuk diri mereka. Adakah anda sudah bersedia? Jika sudah teruskan bacaan di muka surat sebelah. www.seminarmudah.my   11 Pengenalan Mudah.my Mudah.my di pelopori oleh syarikat berpangkalan di Singapura iaitu Singapore Press Holdings dan Schibsted ASA dan diuruskan oleh anak syarikatnya di Malaysia iaitu 701Search Sdn Bhd. Mudah.my ialah laman jual beli terbesar di Malaysia. Dalam masa sebulan, 5.2 juta pelawat masuk ke Mudah.my. Pelawat ini pula merupakan ‘unique visitor’ ! Anda tidak tahu apa itu unique visitor? Tak mengapa. Mari saya terangkan dengan ringkas. Unique visitor dikira berdasarkan IP dan setiap IP yang berbeza, ia akan dikira sebagai 1 unique visitor. Sekiranya laman web dilayari oleh 100 IP yang berbeza, ini umpama laman web anda sedang dilihat oleh 100 orang yang berbeza. Kesimpulannya Mudah.my menerima sebanyak 5.2 juta pelawat yang berbeza sebulan. Oleh yang demikian, setiap iklan di Mudah.my akan dilihat oleh prospek yang berbeza juga! Mudah.my menyediakan kemudahan kedai online yang dipanggil sebagai Pro Niaga. Sesiapa pun boleh mendaftar dan membuka akaun Pro Niaga secara percuma. Buat masa ini, sudah ada 84,000 akaun Pro Niaga yang didaftarkan. Kedai-kedai online di Mudah.my ini giat buat duit setiap hari. www.seminarmudah.my   12 Jumlah pengunjung ke Mudah.my seramai 5.2 juta bukanlah fakta daripada saya. Tapi pihak Mudah.my sendiri yang nyatakan di laman web mereka. Jadi dengan visitor atau prospek pelanggan seramai itu, kenapa masih ramai yang gagal untuk meraih pendapatan lumayan daripadanya? Sebagai pemancing, di mana tempat anda pilih untuk menangkap sebanyak mungkin ikan? Ya betul! Di lubuk yg terdapat banyak ikan. Anda cuma perlu memancing di lubuk ikan dan tunggu umpan disentap. Tetapi, jika teknik memancingnya salah & umpannya tidak sesuai, maka seekor ikan pun tidak akan berselera untuk memakan umpan tersebut. Kita sudah pun jumpa lubuknya. Cuma tinggal untuk gunakan teknik memancing yang betul dan umpan yang menyelerakan! www.seminarmudah.my   13 OK sekarang mari kita ke Mudah.my pula. Gambar di atas ialah laman utama Mudah.my. Di Mudah.my, anda boleh mengiklankan produk dan servis secara percuma sahaja. Tahukah anda bahawa masih ramai yang menyangka mereka perlu bayar untuk menggunakan servis Mudah.my? Kesian. Iklan produk dan servis anda perlu dipaparkan mengikut negeri-negeri seperti: 1. Perlis 2. Kedah 3. Penang 4. Kelantan 5. Terengganu 6. Perak 7. Pahang 8. Selangor 9. Kuala Lumpur 10. Negeri Sembilan 11. Melaka 12. Johor 13. Sarawak 14. Sabah www.seminarmudah.my   14 Iklan anda juga boleh dikategorikan kepada: 1. Vehicles a. Cars b. Motorcycles c. Car Accessories & Parts d. Other Accessories & Parts e. Other Vehicles 2. Properties a. Apartments b. Houses c. Commercial Properties d. Land e. Rooms f. New Properties 3. Electronics a. Mobile Phones & Gadgets b. TV/Audio/Video/Cameras c. Computers & Accessories 4. Home & Personal Items a. Home & Garden b. Watches/Accessories c. For Children d. Others 5. Leisure/Sports/Hobbies a. Sports & Outdoors b. Hobby & Collectibles c. Music/Movies/Books d. Pets 6. Business to Business a. Professional / Office Equipment b. Business for Sale 7. Jobs & Services a. Jobs b. Services 8. Travel a. Accommodation b. Tours & Holidays 9. Food 10. Others www.seminarmudah.my   15 Di Mudah.my anda boleh beriklan secara biasa ataupun dengan akaun Pro Niaga. Adalah lebih baik anda beriklan menggunakan akaun Pro Niaga kerana banyak manfaat yang kita boleh perolehi dan keuntungan jualan boleh digandakan. Namun untuk ebook ini, saya cuma akan kongsikan cara yang paling ringkas iaitu beriklan secara biasa. Anda klik pada butang Post a Free ad. www.seminarmudah.my   16 Anda akan di bawa ke laman ini pula. Di laman inilah anda boleh iklankan produk dan servis anda dengan mengisi maklumat tertentu. Maklumat tersebut adalah: 1. Nama 2. Emel 3. Nombor Kad Pengenalan 4. Nombor Telefon 5. Kategori 6. Negeri 7. Tajuk Iklan 8. Isi Kandungan Iklan 9. Harga 10. Gambar Dengan hanya memberikan maklumat-maklumat di atas, iklan anda berpotensi untuk menarik pelanggan daripada 5.2 juta pelawat unik di Mudah.my. Seterusnya saya akan kongsikan, teknik yang membolehkan anda buat duit di Mudah.my tanpa menjual produk sendiri! www.seminarmudah.my   17 Teknik Dropshipping Saya akan tunjukkan kepada anda Teknik Buat Duit Dengan Mudah.my Tanpa Menjual Produk Sendiri. Teknik ini dipanggil Dropshipping. Secara mudah Dropshipping adalah seperti perniagaan anda sendiri yang berkonsepkan pesanan dan pengeposan. Kelebihan utamanya ialah anda tidak perlu berbelanja besar dalam menyediakan stok semata-mata untuk memperolehi diskaun harga ke atas barang yang dibeli dan anda juga tidak memerlukan tempat untuk menyimpan stok. Kita lihat contoh di bawah: Katakan anda menjual baju di Mudah.my. Baju tersebut anda jual dengan harga RM60 + RM10 kos pengeposan. Pembeli akan bayar kepada anda harga keseluruhan baju tersebut RM70. Kemudian anda hubungi Dropshipper ataupun Supplier untuk membeli baju yang ditempah oleh pelanggan anda. Sebagai contoh, harga baju tersebut untuk anda sebagai ejen Dropship ialah RM39 saja. Penghantaran pula dikenakan bayaran sebanyak RM6. Jumlah RM45. RM70  – RM45 = RM25. Dari sini anda sudah mendapat keuntungan RM25 bagi sehelai baju yang dijual secara pantas dan mudah! Err ada yang masih tak faham lagi? Tidak mengapa. Saya akan terangkan pula dengan contoh bergambar. www.seminarmudah.my   18 1. Anda promosikan produk daripada Dropshipper di laman jual beli seperti Mudah.my. Secara asasnya anda cuma promosikan maklumat dan gambar produk. Maklumat dan gambar produk ini pula pihak Dropshipper sudah pun sediakan. Anda cuma perlu ‘copy & paste’ ke Mudah.my. 2. Apabila pembeli melihat iklan anda di Mudah.my dan tertarik dengannya, maka dia akan hubungi anda untuk membeli. 3. Pembeli akan buat bayaran produk dan kos pos. 4. Anda akan menerima bayaran tersebut dan kemudian menggunakan duit itu untuk membuat pembelian daripada Dropshipper pula dengan harga khas sebagai ejen. Lebihan daripada duit itu anda simpan sebagai untung. 5. Dropshipper akan menguruskan belian daripada pelanggan anda dengan membungkus dan menghantar produk tersebut kepada mereka. www.seminarmudah.my   19 Daftar Sebagai Ejen Dropship Di Malaysia terdapat beberapa pihak yang menyediakan servis Dropshipping. Ada yang percuma dan ada juga yang berbayar untuk mendaftar. Nasihat saya, carilah pihak yang berkaliber dan mampu untuk membantu anda menjalankan bisnes secara Dropship dengan lancar. Jangan gunakan pihak Dropshipper yang berniat untuk mencuri pelanggan anda. Saya akan ceritakan lebih lanjut tentang mencuri pelanggan ini kemudian. Di sini saya akan tunjukkan satu contoh, bagaimana anda boleh menjadi ejen atau rakan niaga Dropship di UMTboutique.com. Pertama, layari   www.umtboutique.com Anda akan dibawa ke halaman utama laman web UMTboutique.com. www.seminarmudah.my   20 Kemudian, klik pendaftaran baru. www.seminarmudah.my   21 Anda akan dibawa ke laman Daftar Akaun. Di sini anda perlu daftarkan maklumat seperti: 1. Nama 2. Emel 3. Telefon 4. Alamat 5. Katalaluan atau password Jika anda ingin menerima sebarang maklumat terkini atau tips berguna daripada UMTboutique.com, klik YA pada langgan Surat Berita atau Newsletter. Selepas selesai mengisikan maklumat, klik pada kotak Dasar Privasi di sebelah butang TERUSKAN. Kemudian baru klik butang TERUSKAN. www.seminarmudah.my   22 Jika semua maklumat yang diberi betul dan lengkap, anda akan dibawa ke laman ini pula. Ini menunjukkan bahawa akaun anda telah berjaya dicipta! Satu emel akan dihantar kepada anda dengan segera. Jika anda tidak menerima emel di Inbox, cuba periksa Spam. Jika masih tiada, anda perlu mendaftar sekali lagi. www.seminarmudah.my   23 Kandungan emel yang dihantar adalah seperti di atas. Apabila anda klik link di atas, anda akan dibawa ke laman akaun anda. Beginilah rupanya akaun anda di UMTboutique.com. Anda dapat lihat maklumat akaun dan pembelian anda secara terperinci di sini. www.seminarmudah.my   24 Kemudian cuba anda klik Shirts. www.seminarmudah.my   25 Anda akan dibawa ke sini. Seperti yang anda dapat lihat, harga yang tertera adalah harga runcit biasa. Ini adalah kerana akaun anda belum dinaiktaraf sebagai rakan niaga Dropship. Hanya selepas akaun anda dinaiktaraf kepada rakan niaga Dropship, anda akan dapat melihat harga istimewa yang lebih rendah untuk anda buat untung! www.seminarmudah.my   26 Sekarang apa yang perlu anda buat ialah membuat sedikit pelaburan sejumlah RM59 kepada UMTboutique.com. Ya betul! Cuma RM59 untuk menjadi rakan niaga Dropship. Selepas menjual 3 helai pakaian, kos pelaburan anda telah pun terbayar kembali. Dan apa yang lebih menarik, anda sebagai rakan niaga Dropship UMTboutique.com boleh meminta kembali wang pelaburan tersebut setelah anda berjaya menjual 10 helai pakaian sahaja. Ini bermakna seolah-olah anda tidak mempunyai risiko dan tidak memerlukan modal untuk memulakan bisnes secara dropship dengan UMTboutique.com. Selepas pembayaran dibuat, maklumkan kepada UMTboutique.com di emel [email protected]   Maklumat yang perlu diberikan ialah: 1. Nama 2. Alamat 3. Telefon 4. Bank bayaran (Maybank atau CIMB) 5. Tarikh dan masa bayaran Selepas UMTboutique.com mengesahkan pembayaran tersebut, anda boleh log in ke akaun anda untuk melihat harga istimewa rakan niaga Dropship. www.seminarmudah.my   27 Tahniah.. Pendaftaran Anda Berjaya! Klik log in di laman utama. Di sini anda masukkan alamat emel dan katalaluan yang telah anda daftarkan. Kemudian cuba anda klik pada Shirts sekali lagi. www.seminarmudah.my   28 Sekarang anda dapat lihat yang harga runcit biasa telah dipotong dan keluar harga istimewa rakan niaga Dropship. Jadi dengan harga rendah inilah anda akan beli dari UMTboutique.com dan anda boleh jual mengikut harga anda sendiri tanpa had. Penghantaran diberikan percuma. Jadi anda boleh simpan caj penghantaran yang anda kenakan kepada pembeli sebagai untung juga. www.seminarmudah.my   29 Ayuh Buat Duit! Sekarang ayuh kita mulakan bisnes secara Dropship di Mudah.my. Kita isikan maklumat yang diperlukan. Isikan nama, alamat emel, nombor kad pengenalan dan nombor telefon anda. Pada bahagian Category pula, anda pilih Clothes. Klik bahagian For Sale. Pilih Region anda. (negeri) Klik New pada Condition. Pilih Male pada Gender. www.seminarmudah.my   30 Teknik SEO (Search Engine Optimization) Selepas itu anda perlu isikan bahagian Heading atau Tajuk dan Ad Text atau Isi Kandungan Iklan. Bahagian ini adalah bahagian yang paling penting. Ia akan menentukan samaada iklan anda akan menarik pelawat dan menukarkan mereka menjadi pelanggan atau tidak! Pada bahagian Heading, pastikan anda isikan dengan Keyword atau Kata Kunci yang dicari ramai pembeli. Sekarang kita akan gunakan sedikit Teknik Search Engine Optimization. SEO adalah teknik meningkatkan dan mempromosi laman web untuk meningkatkan bilangan pelawat daripada enjin carian. Kita pula akan menggunakan teknik ini untuk meningkatkan bilangan pelawat daripada enjin carian seperti Google ke iklan kita. Secara mudahnya kita akan buat iklan yang dihasilkan untuk menduduki ranking tertinggi di hasil carian. Dengan ini iklan tersebut mempunyai kekerapan untuk dilihat pengguna internet yang lain dan secara tidak langsung ia dapat membantu meningkatkan pelawat ke iklan anda. Jadi ia mampu meningkatkan jualan produk dan servis anda tanpa mengeluarkan modal sesen pun. Letakkan diri anda pada kedudukan pembeli. Jika pembeli mahu membeli baju kemeja, apa yang akan dicari oleh pembeli tersebut di internet? Pertamanya dia akan ke enjin carian paling popular iaitu Google. Di Google dia akan taip keyword apa yang dicarinya. Dalam kes ini ialah baju kemeja . Jika dia sekadar menaip baju, beribu-ribu laman web mengenai baju akan keluar dan ini akan menyukarkan pencariannya. Apabila dia menaip baju kemeja pula, akan keluar laman web mengenai baju kemeja yang pelbagai. Antaranya ialah baju kemeja lelaki, baju kemeja perempuan, baju kemeja kanak- kanak dan sebagainya. www.seminarmudah.my   31 Jadi dia pun mengecilkan pencariannya di Google dengan menaip Baju Kemeja Lelaki . Oleh itu lebih banyak laman web yang spesifik dengan pencariannya yang akan keluar di Google untuk dipilih. Anda juga boleh melakukan analisa keyword mana yang patut diletakkan sebagai Heading. Untuk benar-benar mengimplementasikan Teknik SEO, anda perlu gunakan Google Search Box, Google Keyword Tool, Google Trends dan Google Insights. Saya amat mencadangkan agar anda tidak abaikan Teknik SEO kerana: 1. Iklan anda akan mudah ditemui oleh pengguna enjin carian seperti Google. 2. Jumlah pelawat ke iklan anda akan meningkat dengan mendadak. 3. Setiap pelawat berpotensi untuk ditukarkan menjadi pembeli. 4. Penting bagi menghadapai persaingan yang ramai menjual secara online. 5. Semua dia atas anda akan dapat tanpa mengeluarkan wang ringgit sebagai modal. Di sini saya hanya akan kongsikan cara paling sempoi dan ringkas iaitu dengan menggunakan Google Search Box. Google Trends, Google Keyword Tool dan Google Insights akan memberikan hasil analisa dan keyword yang lebih baik lagi tepat. Namun ia lebih mudah dan sesuai untuk saya kongsikan secara berdepan. www.seminarmudah.my   32 Taip www.google.com.my di browser anda. Sebagai contoh, gambar di atas ialah untuk Google Chrome. Kemudian anda akan dibawa ke Google Malaysia. Di sini anda taipkan pula keyword Baju pada Google Search Box. Akan keluar keyword Baju bersama dengan perkataan lain yang sering dicari oleh pengguna Google. Seperti yang anda dapat lihat, keyword seperti baju kurung, baju baby dan baju pengantin yang dicadangkan oleh pihak Google. Dari sini anda dapa tahu bahawa produk inilah yang sering dicari. www.seminarmudah.my   33 Disebabkan anda berdaftar dengan UMTboutique.com yang menjual pakaian lelaki, maka cuba cari keyword yang ada berkaitan dengan lelaki. Anda juga kena cari keyword yang sesuai dengan produk yang anda mahu jual. Katakanlah anda menjual baju kemeja Tommy Hilfiger model TT09 daripada UMTboutique.com ini. Maka anda cuba analisa keyword Baju + Kemeja   www.seminarmudah.my   34 Seperti yang anda dapat lihat, selepas anda menaip baju kemeja , akan keluar perkataan cadangan lain daripada Google. Ia adalah baju kemeja lelaki, baju kemeja perempuan dan baju kemeja lelaki online. Pilih pula Baju Kemeja Lelaki . Akan keluar cadangan daripada Google: 1. Baju Kemeja Lelaki Online 2. Baju Kemeja Lelaki Terkini 3. Baju Kemeja Lelaki Berjenama Maka saya cadangakan untuk Heading, gunakan keyword Baju Kemeja Lelaki dan diikuti oleh jenama dan model baju. Seperti di atas, saya masukkan keyword Baju Kemeja Lelaki. Kemudian saya masukkan jenama baju iaitu Tommy Hilfiger. Akhir sekali saya masukkan kod model iaitu TT09. Jadi bagaimana pula dengan keyword yang lain tadi? Oh itu kita akan gunakan pada bahagian Ad Text. Teruskan membaca sahabat! www.seminarmudah.my   35 Untuk bahagian Ad Text atau Isi Kandungan Iklan, ada beberapa ciri yang perlu anda masukkan. Antaranya ialah: 1. Masukkan tajuk ke dalam iklan. 2. Masukkan keyword yang telah dianalisa ke dalam iklan. 3. Ceritakan kelebihan produk atau servis. Bukan sekadar spesifikasi. 4. Berikan sesuatu secara percuma kepada pelanggan. Pelanggan memang suka pemberian percuma! 5. Berikan jaminan terhadap produk atau servis yang ditawarkan. 6. Terangkan cara pembayaran. 7. Letakkan ayat tindakan supaya pelanggan membeli dengan segera. 8. Pastikan ejaan dan tatabahasa yang digunakan betul. 9. Pastikan semua di atas lengkap. ;) Berikut merupakan contoh Isi Kandungan iklan yang telah saya hasilkan. Anda boleh copy & paste dan ubah mengikut kesesuaian. Anda sedang mencari baju kemeja lelaki berjenama  antarabangsa yang terkini  dan murah  ? Anda telah pun menemuinya! Kami telah berpengalaman menjual baju kemeja lelaki  secara online  dan offline. Baju Tommy Hilfiger  ini amat sesuai dipakai untuk majlis rasmi dan aktiviti santai. Materialnya juga selesa dipakai dan mudah digosok. Dengan warna dan potongan terkini, anda pasti kelihatan tampan bergaya memakainya. Bagi menghargai pelanggan kami, penghantaran diberikan PERCUMA sahaja. Kami JAMIN tempahan yang diterima hari ini, akan tiba kepada anda dalam masa 1-3 hari bekerja. Untuk membeli, ikuti langkah di bawah: 1. Hubungi kami untuk periksa stok dan buat tempahan 2. Buat bayaran RM60 ke akaun berikut: Bank: Maybank Nama: Umar Mohamad Taib No akaun: 114179487023 3. Selepas bayaran, SMS atau emelkan maklumat: -Nama -Alamat Penghantaran -Jumlah Bayaran www.seminarmudah.my   36 -Masa dan Tarikh Bayaran -Mod Bayaran (Cash Deposit Machine / Interbank Transfer / Maybank2u) -Produk yang dibeli 4. Setelah bayaran disahkan, kami akan buat penghantaran segera. 5. Tempahan akan tiba dalam masa 1-3 hari bekerja dan anda akan kelihatan lebih segak bergaya! Jadi apa anda tunggu lagi? Hubungi kami sekarang untuk mendapatkan Baju Kemeja Lelaki ini sebelum stok kehabisan! Telefon: 012 2171766 Emel:   [email protected]   www.seminarmudah.my   37 Pada bahagian Price, masukkan RM60. Kemudian anda boleh masukkan gambar. Hanya 3 keping gambar yang dibenarkan. Oleh itu masukkanlah gambar berkualiti yang mampu membuatkan pelanggan anda membuat keputusan untuk membeli. Di UMTboutique.com gambar telah pun disediakan untuk digunakan oleh rakan niaga Dropship. Sekarang saya akan tunjukkan cara untuk menggunakan gambar yang disediakan. Klik pada gambar. www.seminarmudah.my   38 Gambar tadi akan dibesarkan. Right Click pada gambar tersebut dan klik pula Save Image As. www.seminarmudah.my   39 Save gambar tadi ke komputer anda. Seperti yang anda dapat lihat, saya akan save gambar ini di Downloads. Halakan Mouse anda ke bahagian tepi gambar dan klik icon yang keluar untuk ke gambar yang seterusnya. Ulang kembali langkah untuk save gambar baju ini. www.seminarmudah.my   40 Sekarang anda sudah Save 3 keping gambar di Downloads. Sekarang anda klik butang Choose File. www.seminarmudah.my   41 Double Click pada gambar pertama yang akan menjadi gambar utama untuk iklan anda. Sekarang klik pada butang Add Extra Images. www.seminarmudah.my   42 Gambar pertama tadi akan dimuatnaik ke Mudah.my. Seterusnya ulang cara memasukkan gambar seperti tadi sehingga semua 3 keping gambar dimuatnaik. Setelah 3 keping gambar berjaya dimuatnaik, klik butang Next. www.seminarmudah.my   43 Anda akan dibawa ke laman ini. www.seminarmudah.my   44 Di sini anda boleh lihat kembali segala maklumat dan gambar yang telah diisikan. Periksa kembali jika ada sebarang kesilapan. Jika ada klik butang Edit Ad untuk membuat pembetulan. www.seminarmudah.my   45 Di sini juga Mudah.my ada menawarkan samaada anda mahu menggunakan servis premium mereka. Maklumat lanjut mengenai servis premium ini boleh dirujuk pada laman web Mudah.my. Saya tidak menggunakannya untuk perkongsian kali ini. Bagi menggunakan servis premium ini ada bayaran yang dikenakan oleh Mudah.my. Inilah yang ramai keliru dan menyangka semua servis Mudah.my perlu dibayar. Dibawah sekali anda perlu memasukkan katalaluan atau Password. Minima 5 aksara diperlukan. Gunakanlah katalaluan yang mudah untuk anda ingat dan susah untuk orang lain teka. Akhir sekali klik butang Insert Ad. www.seminarmudah.my   46 Anda akan dibawa ke laman ini dengan ucapan terima kasih daripada Mudah.my. Apa yang anda perlu buat sekarang ialah tunggu sehingga iklan anda diluluskan pihak Mudah.my. Mengikut daripada pengalaman saya, dalam masa 24 jam iklan anda akan diluluskan jika tiada masalah. www.seminarmudah.my   47 Yahoo, iklan lulus! Setelah iklan anda diluluskan, emel seperti di bawah akan dihantar. Anda boleh klik link yang diberikan untuk melihat iklan tersebut di Mudah.my. www.seminarmudah.my   48 www.seminarmudah.my   49 Beginilah rupanya iklan yang telah diluluskan tadi. Sekarang kita lihat pula hasil kerja keyword yang kita buat sebelum ini. www.seminarmudah.my   50 Ini adalah contoh iklan yang telah diindeks oleh Google. Adalah penting untuk mendapatkan tempat di 5 muka surat pertama. Dengan keyword Baju Kemeja Lelaki Online , kita telah berada di muka surat pertama Google dengan persaingan 889,000! www.seminarmudah.my   51 Dengan keyword Baju Kemeja Lelaki Terkini , kita juga telah berada di muka surat pertama Google dengan persaingan 818,000! www.seminarmudah.my   52 Dengan keyword Baju Kemeja Lelaki Berjenama , kita telah berada di muka surat ke dua Google dengan persaingan 41,600! www.seminarmudah.my   53 Dengan keyword Baju Kemeja Lelaki Murah , kita telah berada di muka surat pertama Google dengan persaingan 822,000! www.seminarmudah.my   54 Ini sekadar keyword tambahan. Dengan keyword Baju Tommy Hilfiger , kita telah berada di muka surat ke tiga Google dengan persaingan 221,000! www.seminarmudah.my   55 Umpan Dimakan Ikan Sekarang anda cuma perlu menungggu mata kail dan umpan anda di lubuk Mudah.my disentap ikan. Apabila sudah ada pelanggan ingin membeli produk yang anda iklankan tadi, tunggu sehingga bayaran diterima daripadanya. Setelah selamat diterima, log in ke akaun UMTboutique.com untuk melakukan tempahan menggunakan duit bayaran tersebut. Selepas log in, masukkan kod baju di Search Box yang disediakan dan tekan Enter. Kod baju yang anda iklankan tadi ialah TT09. www.seminarmudah.my   56 Anda akana dibawa ke laman hasil carian. Seterusnya klik butang Tambah ke Troli baju yang ingin dibeli. www.seminarmudah.my   57 Di laman ini, pilih saiz baju yang ditempah oleh pelanggan anda. Kemudian klik butang Tambah ke Troli sekali lagi. www.seminarmudah.my   58 Akan keluar kotak yang menyatakan berjaya menambah tempahan ke Troli. Sekarang klik pula Troli. Anda akan dibawa ke laman Troli. Di sini anda dapat lihat senarai tempahan yang telah dimasukkan ke Troli. Klik pula butang Checkout. www.seminarmudah.my   59 Anda akan diminta Maklumat Bil. Boleh gunakan maklumat yang telah anda masukkan semasa pendaftaran atau ubah yang lain. Maklumat seperti nama, alamat dan nombor telefon ini akan digunakan pada borang kurier. Maklumat anda akan diisikan pada bahagian atas. Maklumat pelanggan anda pula diisikan pada bahagian bawah. Jika pelanggan anda mahu membuat tempahan lagi, maka dia akan hubungi anda kerana maklumat anda telah tertera pada borang kurier. Pelanggan anda juga tidak akan tahu bahawa anda menjalankan perniagaan secara Dropshipping saja. Jadi anda tidak perlu risau pelanggan anda dicuri Dropshipper. Terbaik bukan? Klik Teruskan. www.seminarmudah.my   60 Di Maklumat Penghantaran,klik juga butang Teruskan. Penghantaran diberikan PERCUMA kepada rakan niaga Dropship. Perkara penting untuk anda buat di sini ialah isikan maklumat pelanggan anda seperti nama penuh, alamat penghantaran dan nombor telefon di bahagian Catatan. Kemudian klik butang Teruskan saja. Pada Kaedah Bayaran, ada 2 pilihan. Anda boleh membayar cara Pindahan Bank atau dengan Paypal. Selepas itu klik kotak Terma & Syarat. Kemudian klik butang Teruskan. www.seminarmudah.my   61 Akhir sekali anda perlu sahkan pesanan. Di sini juga anda boleh lihat jumlah keseluruhan bayaran dan Arahan Pindahan Bank. Jika semuanya betul, klik butang Sahkan Pesanan. Anda akan dibawa ke laman ini yagn menandakan bahawa pesanan anda sedang diproses. www.seminarmudah.my   62 UMTboutique.com akan menghantar satu emel tentang pesanan anda tadi. Anda buat pembayaran ke Maybank atau CIMB. Pembayaran perlu dibuat dalam masa 48 jam selepas pesanan. Jangan lupa untuk memaklumkan kepada UMTboutique.com selepas pembayaran dibuat. Penghantaran akan dibuat selepas pembayaran berjaya diterima. Makluman dihantar melalui: E-mel: [email protected] Hubungi / SMS: 012 217 1761 Butir-butir yang diperlukan: 1. No. Pesanan Anda 2. Nama/E-mel Anda 3. Bank Pembayaran (Bayar kepada Maybank atau CIMB ) 4. Jumlah Bayaran 5. Tarikh & masa pembayaran dibuat Saya nasihatkan supaya menyimpan resit anda. UMTboutique.com mungkin mahu anda untuk menyediakan bukti pembayaran jika memerlukan pengesahan lanjut tentang pembayaran anda. Apa yang berlaku selepas ini, pesanan anda akan dibungkus dan dihantar kepada pelanggan dengan khidmat kurier. Dalam masa 1-3 hari, pelanggan anda akan menerima tempahan tersebut dengan senyuman sampai ke telinga. Anda pula telah pun mendapat keuntungan atas angin secara mudah dan pantas! www.seminarmudah.my   63 Anda boleh log in ke akaun untuk lihat maklumat penghantaran. Klik Semak Sejarah Belian Anda. Di laman Sejarah Pembelian, anda klik butang Papar. www.seminarmudah.my   64 Di laman Maklumat Pembelian, anda boleh lihat maklumat penghantaran pesanan anda. Status Shipped bermakna tempahan anda telah dikurier. Di sini juga anda dapat melihat nombor Tracking Code kurier. Tracking Code ini anda perlu emel atau SMS kepada pelanggan anda supaya mereka dapat tahu status pesanan mereka dan tidak rasa tertunggu-tunggu. www.seminarmudah.my   65 Penutup   Terima kasih kerana sudi membaca ebook percuma daripada saya ini. Ebook ini sebenarnya saya tulis semasa sedang ‘berehat’ selama 2 minggu di rumah.   Mungkin pada peringkat permulaan ini anda rasa 'janggal', masih keliru atau wujud sifat 'takut-takut'. Ini adalah normal bagi semua orang orang apabila mempelajari perkara-perkara yang tidak pernah dipelajari sebelum ini. Setiap ilmu yang saya kongsikan di sini anda mesti terus praktikkan. Jangan anda ambil ringan dengan ilmu yang anda terima secara percuma. Apa yang disentuh di dalam ebook ini hanyalah 'sedikit' agar anda tidak mengalami 'limpahan maklumat' (information overload) iaitu akibat banyak sangat ilmu baru yang dipelajari, maka anda tidak dapat fokus dan akhirnya hasil tidak memuaskan. Jika anda mahu saya bongkarkan lagi ilmu buat duit di Mudah.my, jemputlah menghadiri Seminar Buat Duit Dengan Mudah.my. Di seminar tersebut saya akan kongsikan lagi ilmu yang saya tidak sempat untuk tulis di ebook ini. Anda juga berpeluang untuk terus bertanya kepada saya sebarang persoalan tentang teknik buat duit di Mudah.my. Ilmu lebih mudah sampai jika bertemu terus dengan sumbernya. Untuk maklumat lanjut, mohon layari www.seminarmudah.my   Akhir kata saya doakan rezeki anda terus melimpah-ruah lagi diberkati. Mohon juga untuk mendoakan kesejahteraan saya dunia dan akhirat. =) Sekian. www.seminarmudah.my   66 Yang Ikhlas, Umar Taib Blog:   www.umarvellous.com   FB:   www.umar.my   Email: [email protected]