Preview only show first 10 pages with watermark. For full document please download

Tan Sri Tony Fernandes - Airasia-libre

Airsia History

   EMBED


Share

Transcript

TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 1 | Page   FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN PENGANTAR PENGURUSAN KERJA KURSUS TOKOH KEPIMPINAN TAN SRI TONY FERNANDES   NUR HAZIMAH BINTI ABU BAKAR A139523 NUR IZZATY SYAHIRAH BT ADZMAN A139813 FATIN NUR SYAHIRAH BT MAHIZAN A139809 MOHD ANWAR BIN MOHD RAFI A139866 MUHAMAD FARID IQBAL BIN AB.RAHIM A139719 ROZARINA IZURA BINTI TUKIRAN A139501 NUR SYAKILLA BINTI AZIZ A139912 KAMSIAH BINTI MAT SOHOR A139659 TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 2 | Page   Table of Contents   Penghargaan  ........................................................................................................................................... 1   Pengenalan  ............................................................................................................................................. 2   Ciri-Ciri Personaliti Yang Dikaitkan Dengan Seorang Pemimpin ......................................................... 6 Peranan Pemimpin  ................................................................................................................................. 8   Kemahiran-Kemahiran Yang Harus Dimiliki Pemimpin  ...................................................................... 10   Latar Belakang Tan Sri Tony Fernandes  ............................................................................................... 13   Biografi .............................................................................................................................................. 13 Pendidikan ......................................................................................................................................... 15 Kerjaya Sebelum Menubuhkan AirAsia ............................................................................................. 13 Permulaan dan Perkembangan Syarikat  ............................................................................................. 21 Idea Penubuhan dan Permulaan ....................................................................................................... 21 Perkembangan .................................................................................................................................. 31 Tune Group  ........................................................................................................................................... 36 Tune Air ............................................................................................................................................. 37 Tune Hotel ......................................................................................................................................... 42 Tune Money ...................................................................................................................................... 47 Tune Talk ........................................................................................................................................... 58 Tune Sport ......................................................................................................................................... 61 Tune Tone ......................................................................................................................................... 69 Kepimpinan Tan Sri Tony Fernandes  ................................................................................................... 70 Sumbangan  ........................................................................................................................................... 83 Pencapaian  ........................................................................................................................................... 84 Tune Group  ........................................................................................................................................... 36 Bibliografi  ........................................................................................................................................... 104 TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 3 | Page   PENGHARGAAN   Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terlebih dahulu, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya dan nikmat masa serta tenaga dapat kami menyiapkan tugasan Pengantar Pengurusan ini berdasarkan tempoh yang telah diberi. Pada kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu dalam pengumpulan maklumat hingga terhasilnya tugasan ini. Setinggi-tinggi penghargaan kami hadiahkan kepada pensyarah kami, Encik Ishak bin Abdul Rahman atas segala tunjuk ajar yang diberikan sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sekalung budi juga buat sahabat-sahabat yang memberikan kerjasama yang baik dalam melancarkan lagi proses pembuatan tugasan ini bermula dari proses pencarian maklumat sehinggalah ke peringkat terakhir iaitu proses mengedit dan mencetak. Akhir kalam, sekalung penghargaan kami berikan kepada pihak yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung sehinggalah terhasilnya tugasan ini. Hanya Allah SWT yang mampu membalas jasa baik semua. Sekian, wassalam.   TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 4 | Page   PENGENALAN   KEPIMPINAN emimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang lain di dalam suatu pertubuhan. Menurut Kamus Dewan 1994, kepim  pinan membawa erti “keupayaaan memimpin” dan kepemimpinan pula “keupayaan sebagai pemi mpin, daya seseorang pemimpin.” Sesuatu yang menarik dalam kepimpinan adalah kewujudan pemimpin yang berada dalam organisasi yang mempunyai struktur yang tersendiri dengan mewujudkan hubungan pemimpin dan pengikut bagi mencapai kecemerlangan. Pencapaian yang cemerlang di dalam sesuatu organisasi memerlukan langkah-langkah atau aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh pemimpin bagi mendorong pengikutnya meningkatkan tekad dan keazaman ke arah kecemerlangan organisasi tersebut. Kemahiran memimpin merupakan sesuatu yang boleh di pertingkatkan dari masa ke masa. Kemahiran bekerjasama amat di tekankan di dalam sesebuah organisasi bagi mencapai kecemerlangan. Sebagai seorang pemimpin, mungkin mereka mampu memberi arahan kepada orang lain tetapi adakah pengarahan ini dipatuhi oleh orang yang menerima arahan. Selain itu, kemahiran melihat masa hadapan juga perlu kepada seseorang pemimpin dalam memainkan peranan utama bagi mencapai kejayaan sesebuah organisasi ke arah kecemerlangan. Pemimpin biasanya akan lebih selesa dengan suasana yang sedia ada tetapi sesuatu yang baru tidak akan wujud sekiranya seseorang pemimpin itu gagal melihat masa hadapan. Kemahiran inilah yang membezakan antara pemimpin yang berjaya atau tidak. P TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 5 | Page   Dengan melihat masa hadapan, pemimpin dapat meletakkan harapan yang mungkin hanya akan berlaku selepas beliau tiada lagi tetapi laluan ke arah itu dilakukan semasa beliau memimpin organisasi tersebut. Oleh itu, usaha ke arah penyatuan aktiviti sesebuah organisasi bergantung besar kepada kepintaran seseorang pemimpin. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri berpesan sekiranya umat Islam keluar bermusafir lebih daripada tiga orang mestilah melantik seorang ketua atau seorang amir. Sementara amir itu hendaklah ditaati walaupun dia seorang yang berketurunan Habsyi selagi dia tidak menderhakai Allah SWT. Memandang kepada perjuangan seperti yang telah dijelaskan tentulah kewujudan kepimpinan itu merupakan perkara yang penting dan tidak boleh sama sekali dipandang ringan oleh setiap anggota organisasi. Saf kepimpinan mestilah wujud setiap masa sama ada dalam suasana aman mahupun perang. Keberkesanan perjalanan dan aktiviti organisasi bergantung sebahagian besarnya kepada saf kepimpinan. Oleh itu, setiap anggota yang diberi amanah untuk memilih saf kepimpinan hendaklah berhati-hati dalam melaksanakan tugas tersebut. Pemimpin tidak seharusnya dipilih berdasarkan luaran semata-mata. Memilih pemimpin dalam sesebuah organisasi bukanlah sesuatu yang remeh yang berlegar di sekitar perasaan „tak sampai hati‟, „tak tergamak‟ dan sebagainya. Kesungguhan untuk melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan itu hendaklah diutamakan dan seharusnya mengatasi „perasaan‟ hati para pemilih. TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 6 | Page   Kerja-kerja untuk memilih pemimpin boleh disandarkan kepada beberapa dasar dan ketentuan supaya organisasi dapat bergerak dengan lebih berkesan. Diantara dasar dalam pemilihan atau kaedah dasar yang utama dalam urusan memilih anggota-anggota kepimpinan ialah dipilih dari kalangan yang berkeahlian dan berkelayakan sahaja. Serta kita perlu menitik beratkan jumlah anggota dalam kepimpinan, iaitu ditentukan angkanya mengikut keperluan organisasi. Anggota itu hendaklah seboleh-bolehnya memenuhi ciri-ciri khusus atau kriteria- kriteria tertentu untuk sesuatu kedudukan tugas agar keaslian perjuangan dapat dikekalkan dan perjalanan organisasi dapat berjalan dengan lancar. Antara kriteria yang perlu ada atau menjadi kayu ukur dalam pemilihan ialah kemahiran merancang dan merangka strategi perjuangan. Pemimpin seharusnya memiliki daya pemikiran yang luas dan sentiasa mempunyai idea-idea baru dalam memperbaiki dan meletakkan organisasi dalam keadaan yang lebih baik. Pemimpin juga bukan sekadar menjadi golongan pemikir malah mempunyai kemahiran melaksanakan perancangan dan kemampuan untuk menterjemahkan arahan- arahan tersebut. Ramai orang silap dalam mentafsirkan hal ini. Mereka merasakan golongan pemimpin sekadar memberi idea dan memikirkan strategi, serta pelaksanaannya dilakukan golongan bawahan. Pemikiran seperti ini menyebabkan ramai yang mempersoalkan tugas pemimpin. Pemimpin tidak buat kerja, pemimpin tidak adil dan sebagainya. Kita melihat kembali bagaimana sifat kepimpinan yang ditunjukkan oleh Umar al-Khattab dan Umar Abdul Aziz yang disif  atkan „kenyangkan perut rakyat.‟   Seorang pemimpin juga perlu mempunyai kemahiran mengurus tadbir supaya organisasi menjadi tegap dan teguh. Sememangnya manusia tidak mungkin akan pandai jika tidak ada proses pembelajaran. Ramai yang menyatakan mereka tidak layak menjadi TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 7 | Page   pemimpin disebabkan tidak tahu bagaimana hendak mengurus dan membuat kerja dan juga belum bersedia Peribadi seorang pemimpin juga penting supaya boleh menjadi lambang kepada organisasi. Jika peribadinya baik, insyaAllah bukan sahaja mudah melakukan kerja bersama, tetapi dalam masa yang sama  juga, ia menjadi pakaian sesebuah jemaah. Pemimpin juga perlu berfikiran kritis, aktif dan kreatif. Kemahiran berhubung sebagai „diplomat‟ dengan pih ak lain juga perlu ada dalam diri setiap pemimpin. Dalam pemilihan pemimpin perlu dielakkan daripada terjadinya longgokan kriteria yang sama dalam saf kepimpinan organisasi seperti hanya memilih dari kalangan yang boleh berpidato sahaja. Pemilihan sedemikian boleh menjadikan keupayaan organisasi terhad dan menjadikan organisasi itu lemah dan kaku. Untuk menjamin kerja organisasi yang berterusan hendaklah ditentukan awal-awal mereka yang seharusnya dikekalkan atau dipilih semula supaya jentera kepimpinan tidak perlu diperbaharu seluruhnya. Pemilihan hendaklah dibuat secara terancang tetapi mestilah bersih daripada unsur-unsur dan anasir-anasir yang tidak sihat. TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 8 | Page   CIRI-CIRI PERSONALITI YANG DIKAITKAN DENGAN SEORANG PEMIMPIN Terdapat beberapa personaliti yang sering dikaitka dengan seorang pemimpin. Personaliti berikut ialah : Keyakinan kendiri Merujuk kepada sejauh mana individu itu berasa selesa dengan pertimbangan, keupayaan dan kemahirannya. Individu yang tidak berkeyakinan tidak suka menanggung risiko dan berasa tidak selesa apabila terpaksa membuat keputusan. Pemimpin yang berkeyakinan lebih berjaya berbanding dengan pemimpin yang rendah keyakinan kendiri. Bertanggungjawab Individu yang bertanggungjawab cenderung melaksanakan kerjaya dengan penuh hati-hati dan bersedia mematuhi peraturan yang ditetapkan. Sifat ini sering dikaitkan dengan kejayaan seseorang pemimpin. Penyesuaian   Merujuk kepada ketahanan dan keupayaan emosi menghadapi tekanan, konflik, dan kekecewaan. Pemimpin yang berupaya mengharungi rintangan-rintangan ini adalah lebih berkesan berbanding dengan pemimpin yang tidak boleh menyesuaikan diri dalam keadaan tertekan. Suka bergaul dan ramah Sifat ini juga disebutkan sebagai penting dalam kejayaan kepemimpinan kerana orang yang suka bergaul biasanya memperolehi banyak pengalaman dan mudah mempengaruhi orang-orang dalam organisasinya. TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 9 | Page   Dapat diterima Merujuk kepada sifat amanah, mudah bekerjasama, mesra dan sopan. Orang seperti ini mudah bekerjasama dengan orang lain. Manakala sifat orang yang sukar diterima, biasanya tidak sabar, muram, syak wasangka dan sukar bekerjasama dengan orang lain. Berorientasi Pencapaian Individu yang berorientasikan pencapaian berusaha melaksanakan tugas dengan jayanya kerana individu ini akan hanya berasa puas jika ia beroleh kejayaan. Individu seperti ini cenderung bekerja keras, bercita-cita tinggi dan suka persaingan. Manakala orang yang rendah orientasi pencapaian adalah tidak bercita-cita tinggi, suka dengan keadaan yang sedia ada dan pasif serta usaha-usahanya adalah sedikit, kecuali jika ia dijanjikan ganjaran ekstrinsik. TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 10 | Page   PERANAN PEMIMPIN   emimpin diamanahkan untuk menerajui organisasi bagi kepentingan semua ahli. Pemimpin dipilih dan dilantik kerana kelebihan-kelebihan tertentunya yang dikira dapat membantu organisasi, antaranya memainkan peranan-peranan penting mewakili organisasi. Oleh itu jelas seseorang pemimpin memainkan beberapa peranan secara serentak. Peranan-peranan berikut adalah seperti; Sumber rujukan Pemimpin berperanan sebagai pemberi maklumat dan idea kepada ahli-ahli apabila diperlukan. Oleh itu pemimpin harus luas pembacaannya, sentiasa mengikuti perkembangan, mempunyai hubungan yang luas, banyak pengalaman dan rajin belajar. Model Sebagai model atau contoh, pemimpin memperlihatkan sifat-sifat, tingkah laku dan kebolehan yang boleh diteladani. Pendorong Pemimpin juga harus sentiasa meransang dan mendorong ahli-ahli dan rakan-rakan pimpinannya untuk membangunkan diri, meningkatkan komitmen dan terus gigih memberikan khidmat serta sumbangan untuk kebaikan bersama. P TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 11 | Page   Pembimbing Selaku pembimbing pemimpin turut mendidik, menyokong dan membolehkan ahli berperanan dengan aktif. Belajar memahami potensi dan bakat, minat dan kecenderungan, serta kekuatan dan kelemahan ahli dan membantu mereka untuk menjadi ahli yang aktif dan menyumbang.  Jurucakap / jurubicara Peranan ini menyerupai peranan pegawai perhubungan awam, iaitu berperanan sebagai  jurucakap atau wakil organisasi dalam perhubungan dengan pihak-pihak luar. Orang tengah   Bertindak sebagai orang tengah jika berlaku perbezaan pendapat, konflik antara ahli-ahli pemimpin berperanan sebagai orang tengah bagi mencari pendamaian. Bersikap adil dan tidak pilih kasih terhadap mana-mana pihak. Disamping memainkan peranan-peranan seperti di atas, di dalam sesuatu keadaan tertentu pemimpin juga turut berperanan sebagai pakar, berdasarkan kemahiran dan pengalaman yang dimilikinya. Misalnya guru, penyelaras, mentor, kaunselor, ideologi, penilai dan sebagainya. TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 12 | Page   KEMAHIRAN - KEMAHIRAN YANG HARUS DIMILIKI PEMIMPIN   etiap pemimpin perlu mempunyai pengetahuan dan beberapa kemahiran asas, lebih- lebih lagi yang berkaitan dengan tugasnya dalam sesebuah organisasi. Pengetahuan dan kemahiran yang dimaksudkan mestilah pelbagai. Antaranya ialah : Bekerja Dengan Orang Boleh berhubung dan bekerja dengan orang, berbincang, mendengar pandangan, merangsang ahli-ahli, menggalakkan ahli mengambil inisiatif dan menyerlahkan bakat dan potensi mereka. Kebolehan Menganalisis Kemampuan untuk memahami dan menghuraikan sesuatu isu atau persoalan dari pelbagai sudut serta merumuskannya. Dapat berfikir dengan menggunakan berbagai-bagai teknik seperti kreatif, kritikal atau lateral. Pengorganisasian / Penyusunan / Penggemblengan Tenaga Memahami bagaimana organisasi beroperasi, cara-cara yang sesuai dan berkesan untuk menggerakkan tenaga-tenaga di dalam organisasi serta mendapatkan sokongan masyarakat. Komunikasi Dapat menyampaikan sesuatu dengan baik, berhujah dengan meyakinkan dan merangsang ahli. S TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 13 | Page   Penggunaan Sumber Tahu tentang kewujudan pelbagai sumber di dalam dan di sekitar organisasi (individu, kumpulan, budaya dan agama). Pemimpin perlu sedar tentang pelbagai institusi dan pertubuhan di sekelilingnya dan dapat bekerjasama dengan mereka. Mesyuarat Menguruskan mesyuarat dengan berkesan. Penulisan Boleh menulis ucapan, kenyataan media, menyediakan cadangan dan laporan. Kewangan   Tahu bagaimana mendapatkan wang yang diperlukan pertubuhan, merangka belanjawan dan menguruskan dana. Kajian / Penyelidikan Tahu bagaimana melakukan penyelidikan asas, faham kegunaan maklumat dan bagaimana mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Isu Dapat mengenal pasti isu-isu penting dan dapat menilai potensi sesuatu isu bagi kepentingan organisasi. Latihan Tahu akan keperluanlatihan-latihan untuk organisasi dan dapat mengendalikan latihan. TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 14 | Page   Penggunaan Teknologi Tahu menggunakan teknologi yang sesuai dan terkini bagi memudahkan kerja. Alat-alat Komunikasi   Pandai menggunakan alat-alat komunikasi yang asas untuk pelbagai tugasan seperti internet, persidangan media, pembinaan kontrak dan lln. Walaupun kemahiran-kemahiran yang dinyatakan agak banyak, ini tidak bererti seseorang pemimpin itu harus menguasainya. Namun mereka harus berusaha menguasainya untuk kepentingan bersama terutamanya diri sendiri. Dalam pada itu, pemimpin juga seharusnya berkemahiran mengagihkan sesuatu tugas, peranan dan bidang kerja tertentu kepada ahli- ahlinya. TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 15 | Page   LATAR BELAKANG TAN SRI TONY FERNANDES   BIOGRAFI idak pernah terlibat dalam industri penerbangan sebelum ini dan beliau bermula dari kosong. Beliau tidak mempunyai sebarang kepakaran melainkan minat. Ini bermakna, sesuatu perniagaan tidak semestinya boleh dilakukan golongan yang sudah berpengalaman dalam industri terbabit. Siapa kata tidak boleh? Inilah yang di katakan sifat semulajadi yang perlu ada pada setiap usahawan yang mampu menjadi pemula (intiator) untuk mencipta sesuatu yang baru. Nama penuh beliau ialah Anthony Francis Fernandes, namun beliau lebih dikenali sebagai Tony Fernandes. Selain itu, beliau juga sangat po  pular dengan gelaran „tokei AirAsia‟ dan juga „Asian Tycoon‟. Beliau dilahirkan pada tanggal 30 April 1964 di Kuala Lumpur, Malaysia. Ramai yang tidak mengetahui, sebenarnya beliau adalah keluarga yang berketurunan Goa bercampuran Portugis Melaka. Bapanya ialah Stephen Edward Fernandes (telah meninggal), merupakan seorang doktor. Manakala ibunya pula ialah Ena Dorothy, seorang usahawan wanita warganegara Malaysia dari Melaka. T Tony Fernandes didukung oleh ibunya, Ena Fernandes TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 16 | Page   Dalam diri Tan Sri Tony Fernandes, beliau banyak dipengaruhi oleh ibu beliau yang aktif dalam menjual tupperware ke serata tanah air. Bagi Tony, ibu beliau adalah seorang wanita yang mengagumkan kerana kemampuannya yang luar biasa dalam menjual barangan kepada sesiapa sahaja. Justeru, beliau banyak belajar daripada peribadi ibu beliau yang ternyata begitu penting dalam mengharungi alam perniagaan. Minat beliau terhadap perniagaan dan perusahaan dapat dilihat sejak zaman kanak- kanaknya lagi apabila beliau sering mengikuti ibunya ke himpunan penebar dan konvensi Tupperware atau nama lain nya, Tupperware Parties. Tupperware Parties adalah satu bentuk urusan jual beli yang diketengahkan oleh usahawan syarikat Tupperware sejak bertahun lamanya. Bentuk urusniaga ini adalah dengan cara konsultan atau agen syarikat Tupperware akan menjemput jiran dan rakan mereka, untuk datang ke rumah dan melihat sendiri produk yang ada di rumah agen tersebut. Tempahan boleh dilakukan dan penghantaran akan dilakukan oleh pegawai dari syarikat Tupperware. Tupperware Parties adalah salah satu bentuk keusahawanan yang masih kekal hingga ke hari ini. Bapa beliau, Dr Stephen Edward Fernandes, sebaliknya amat berbeza daripada peribadi ibunya. Dr. Fernandes memiliki sebuah klinik, tetapi tanpa keuntungan kerana terlalu bermurah hati kepada setiap pesakit sehingga kerap kali memberi perkhidmatan dan ubat secara percuma. Tan Sri Tony Fernandes sungguh tidak terpikat dengan cara-cara bapa beliau berniaga. TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 17 | Page   PENDIDIKAN ony Fernandes mendapat pendidikan awal di Epsom College, United Kingdom ketika usianya baru mencecah 13 tahun bermula tahun 1977 hingga 1983. Namun begitu, pada tahun 1980, semasa beliau sedang menuntut di sana, beliau mendapat khabar berita dari keluarga di Malaysia, ibunya telah meninggal dunia, namun beliau tidak dapat pulang kerana masalah kewangan yang dihadapinya. Harga tiket penerbangan yang mahal menjadi penghalang kepada beliau untuk pulang ke tanah air. Disebabkan hal itu, beliau yang ketika itu baru berusia 15 tahun telah mengeluh, “Alangkah bagusnya kalau ada syarikat  penerbangan yang menawarkan tambang yang murah.”  Lihatlah, bagaimana impian beliau sejak dari kecil ini tercapai. Ini adalah salah satu faktor yang mendorong beliau untuk mempunyai syarikat penerbangan sendiri yang boleh dinikmati oleh semua golongan terutama mereka yang berada di bawah. Otak yang cerdas, terdapat pada badan yang sihat. Kelebihan yang ada pada Tony sebagai seorang usahawan yang berpandangan jauh disertai dengan kelebihan yang ada pada dirinya dalam bidang sukan yang diceburinya membuktikan beliau seorang yang hebat kerana bijak mengimbangkan diri dari segi akademik dan sukan. Sejak dari bangku sekolah lagi, beliau aktif dalam sukan, dan pernah beberapa kali mewakili sekolahnya dalam pasukan hoki. Selain daripada itu, beliau merupakan pelari pecut, dan berkebolehan dalam bermain ragbi. Semestinya orang yang hebat sekarang, mempunyai sejarah hidup yang hebat. T TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 18 | Page   Setelah tamat belajar tingkatan 6, beliau pulang ke Malaysia. Sebelum ibunya meninggal, ibunya mengharapkan Tony akan menyambung pelajaran dalam bidang perubatan. Begitu juga dengan ayahnya supaya mengikuti jejak langkahnya sebagai seorang pegawai perubatan. Namun, hati beliau mengatakan tidak untuk menyambung pelajaran dalam bidang tersebut, sehingga berlaku pertengkaran antara beliau dan ayahnya. Beliau juga dengan sengaja menggagalkan dirinya dalam peperiksaan A Level bagi menolak untuk diterima sebagai seorang pelajar jurusan perubatan. Beliau kemudian mengambil keputusan untuk kembali ke London dan menyambung pelajarannya di London School of Economics (LSE). Sifat yakin akan kebolehan sendiri dan tidak mudah berputus asa terhadap minat, akhirnya membolehkan Tan Sri Tony Fernandes berjaya menamatkan pelajarannya di LSE dengan mendapat ijazah pada tahun 1987 dan telah bekerja di syarikat penerbangan berpangkalan di United Kingdom iaitu Virgin Atlantic Airways (juga dikenali sebagai Virgin Airlines). TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 19 | Page   KERJAYA SEBELUM MENUBUHKAN AIRASIA eliau memulakan kerjayanya sebagai juruaudit di Virgin Airlines atas kelulusan sebagai graduan dalam bidang Perakaunan dari LSE. Walaupun hanya bekerja beberapa bulan, dengan kegigihan dan komitmen yang diberikan oleh Tony, beliau telah ditawarkan jawatan sebagai pengawal kewangan kepada Virgin Records, sebuah syarikat Richard Branson di London. Virgin Records adalah sebuah syarikat rakaman muzik yang menaungi beberapa artis yang berpangkalan di London. Antara artis terkenal yang pernah bernaung di bawah syarikat tersebut ialah Roy Orbison, Devo, Genesis, Keith Richards, Janet Jackson dan ramai lagi. Tan Sri Tony Fernandes telah menabur khidmatnya kepada syarikat tersebut selama 3 tahun bermula dari tahun 1987 sehingga 1989. Semasa bekerja di syarikat tersebut, beliau telah memperoleh pelbagai pengalaman dan kemahiran kerana beliau adalah antara pekerja yang telah memberi sumbangan dan memainkan peranan yang besar dalam kejayaan syarikat tersebut. Beliau juga sangat aktif dalam bidang hiburan semasa memegang jawatan tersebut seperti bermain gitar dan alat muzik lain. B Richard Branson dan Tony Fernandes TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 20 | Page   Dari Virgin, beliau menyertai Warner Music Group. Warner ialah sebuah syarikat rakaman yang ketiga terbesar di dunia selepas Sony BMG dan EMI. Syarikat ini berpangkalan di New York, Amerika Syarikat. Syarikat ini mempunyai cawangan hampir di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Warner Music Group pernah mendapat jolokan „The Big Four‟ semasa bergabung dengan Sony BMG, EMI dan Universal. „The Big Four‟ merupakan gabungan terhebat empat buah syarikat rakaman yang pernah diwujudkan sepanjang zaman melalui kehebatan teknologi moden mereka dan cawangan yang dimiliki oleh meraka di seluruh dunia. Tan Sri Tony Fernandes yang merupakan antara puluhan ribu pekerja yang berada di bawah syarikat Warner, telah diberikan kepercayaan penuh oleh pengurusan atasan Warner Music apabila beliau dengan rasminya dilantik sebagai Pengarah Urusan bagi Warner Music (Malaysia) Sdn.Bhd. Apa yang menarik perhatian umum, beliau merupakan Pengarah Urusan paling muda mengikut sejarah Warner Music sehingga ke hari ini. Ketika beliau dilantik untuk memegang jawatan tersebut, beliau baru sahaja mencapai umur 26 tahun, satu umur yang sangat muda bagi memegang jawatan sebesar itu. Namun, dengan sikap yang gigih dan cekal, beliau telah membuktikan kepada dunia bahawa umur yang muda tidak menjadi satu isu untuk memegang jawatan yang sangat tinggi seperti itu. Perlantikan ini dilakukan sejurus beliau mengambil keputusan untuk pulang dan menetap di Malaysia setelah beberapa tahun merantau dan berkhidmat di negara asing. TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 21 | Page   Tan Sri Tony Fernandes ketika usia muda Walaupun Tan Sri Tony Fernandes merupakan pengurus yang masih muda, namun beliau ditugaskan untuk meningkatkan mutu jenis muzik yang terdapat di Malaysia. Sewaktu bertugas di syarikat ini beliau berjaya mencetus suatu „ revolusi ‟  dalam muzik yang terdapat di Malaysia. Antara muzik yang mengalami perubahan dan tranformasi ialah muzik yang  ber„genre‟ etnik ( tradisional), nasyid dan dangdut kedalam arus perdana muzik tanah air. Muzik ini juga telah diterima oleh masyarakat sebagai satu muzik generasi baru selari dengan genre yang biasa dinikmati kebanyakan orang pada masa itu seperti pop dan jazz. Tambahan pula, muzik ini bukan sahaja dimainkan di dalam negara, bahkan mengisi ruang dan corong radio di negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei. Sehingga sekarang, sukar kita mencari seorang pengurus yang masih muda dalam sesebuah industri mampu untuk meningkatkan dan memberi perubahan besar seperti yang dilakukan oleh Tan Sri Tony Fernandes semasa menjadi Pengarah Urusan Warner Music (Malaysia) Sdn.Bhd. Antara penyanyi yang berjaya menceburkan nama semasa revolusi muzik yang dilakukan beliau di tanah air ini ialah Rabbani dan Raihan (nasyid), Noraniza TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 22 | Page   Idris (etnik) dan Mas Idayu (dangdut). Selain itu, beliau adalah antara pencetus idea untuk menubuhkan Anugerah Industri Muzik (AIM) bagi menghargai jasa penyanyi dan pemuzik tanah air dan anugerah ini masih diteruskan hingga ke hari ini. Kejayaan demi kejayaan yang diperoleh Tan Sri Tony Fernandes, membuatkan beliau telah di pilih selaku Naib Presiden Wilayah Asia Tenggara bagi syarikat Warner Music Group. Beliau yang bijak menonjolkan diri dalam bidang pengurusan telah memegang  jawatan tersebut selama 10 tahun iaitu dari tahun 1992 sehingga 2001. Namun, hidup tidak selalunya indah, langit tidak selalu cerah. Lambakan video cetak rompak dan jenayah siber ketika itu telah merugikan syarikat rakaman di seluruh dunia. Akhirnya, Tony melepaskan jawatan yang dipegangnya apabila Time Warner Inc. (anak syarikat Warner Music Group) bergabung dengan Amerika Online. Tan Sri Tony Fernandes secara sukarela meletak jawatan bagi menggapai impiannya iaitu mewujudkan sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang mampu dinikmati oleh semua golongan. Kegigihan beliau tidak dapat disangkal lagi. Dorongan motivasi yang tinggi membuatkan beliau menapak selangkah demi selangkah bagi merealisasikan impiannya. Segala halangan yang sukar dan perit beliau harungi. Namun, itulah yang menjadikan beliau sebagai salah seorang tokoh yang hebat dan disanjung tinggi oleh masyarakat. TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 23 | Page   PERMULAAN DAN PERKEMBANGAN SYARIKAT   IDEA PENUBUHAN DAN PERMULAAN ifat Tan Sri Tony Fernandes yang perlu dikagumi ialah apabila sesuatu minat wujud dalam dirinya, beliau akan berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapainya. Pada tahun 2001, beliau berhenti dari bidang rakaman muzik dan mula menubuhkan AirAsia bersama rakan-rakan muziknya. Tan Sri Tony Fernandes berkata, idea untuk menubuhkan syarikat penerbangan datang secara spontan semasa beliau berada di London, ketika menonton televisyen. “Saya tertarik melihat iklan sebuah syarikat penerbangan tambang murah, Easyjet. Kemudian saya bergegas ke Lapangan Terbang Luton di London dan menghabiskan masa selama dua hari di sana. Saya tertarik dengan konsep perniagaan itu dan bercadang untuk memperkenalkan perkhidmatan itu di Malaysia dan menyimpan impian untuk mengembangkan konsep itu di rantau Asia.”   Tambahan pula, beliau mendapat tahu bahawa hanya 6 peratus rakyat Malaysia sahaja yang pernah menaiki kapal terbang. Peratusan yang sangat sedikit itu membuatkan beliau berfikir. Beliau berkata, “saya kenal rakyat di negara saya. Pertama, jika kita meletakkan harga yang rendah, mereka sanggup membahayakan nyawa mereka. Kedua, S TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 24 | Page   semua orang suka melancong, tetapi kebanyakan orang membelanjakan kos yang melebihi  gaji sebulan untuk melancong di dalam negara.”   Beliau berkata lagi, “saya berpendapat bahawa apabila kita memulakan sebuah perniagaan, perkara paling penting ialah sama ada terdapat permintaan atau tidak. Saya tahu pasaran menginginkannya. Jika ianya benar, semua perkara dapat diatasi kerana kuasa  permintaan itu lebih kuat.”   Setelah kembali ke Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes telah menyatakan hasratnya itu untuk menubuhkan syarikat penerbangan kepada kawan rapatnya, Datuk Kamarudin Meranum yang merupakan bekas kakitangan sebuah bank pelaburan dan kini menjadi Pengarah Eksekutif AirAsia. Beliau dan Datuk Kamarudin menjemput seorang lagi rakan baik mereka dalam industri muzik tanah air iaitu Aziz Bakar untuk menyertainya. Tan Sri Tony Fernandes bersama Datuk Kamarudin Meranum   TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 25 | Page   Beliau dengan rakan-rakan muziknya bersetuju untuk menceburi perniagaan syarikat penerbangan. Selepas mengucapkan tahniah kepada satu sama lain atas kebijaksanaan dan keberaniaan yang dimiliki, salah seorang daripada mereka bertanya, “adakah kamu tahu  sama ada kita memerlukan lesen untuk memulakan perniagaan ini?”  Sudah tentu. Beliau telah memohon lesen bagi menubuhkan syarikat penerbangan daripada kerajaan Malaysia, namun permohonan beliau telah ditolak oleh kerajaan. Namun begitu, seseorang yang mempunyai  jati diri yang luar biasa tidak akan berhenti dan berputus asa demi menggapai impian yang sudah lama diidamkan. Hasil usaha dan semangat beliau, Datuk Pahamin Ab. Rajab, Ketua Setiausaha Kementerian Perdangangan dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna pada ketika itu, telah mengatur pertemuan antara Tan Sri Tony Fernandes dengan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Dr. Mahathir Mohamad. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, peluang keemasan yang diraih oleh Tan Sri Tony Fernandes untuk berjumpa dengan Perdana Menteri pada Oktober 2001 tidak disia- siakan. Beliau dengan rendah hati telah menyatakan hasrat murni beliau untuk memiliki sebuah syarikat penerbangan sendiri kepada Dr. Mahathir. TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 26 | Page   Setelah selesai pembentangan, Dr. Mahathir berkata, “saya dapat lihat bahawa kamu tidak berpengalaman dalam ind ustri penerbangan.”  Tan Sri Tony Fernandes berkata, “inilah yang kita mahukan, suatu pendekatan yang baru. Sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh  sesiapa.”   Dr. Mahathir telah mencadangkan kepada Tan Sri Tony Fernandes untuk mengambil alih dan membeli syarikat penerbangan yang telah sedia ada kerana ia adalah lebih baik berbanding membangunkan sebuah syarikat sendiri dari awal. “Dalam pertemuan itu, Tun Mahathir telah memaklumkan bahawa lesen syarikat penerbangan tidak lagi dikeluarkan dan  jika kami berminat, kami diminta mengambil alih mana-mana syarikat penerbangan yang ada ketika itu.”   Dr. Mahathir telah mengesyorkan kepada Tan Sri Tony Fernandes untuk membeli AirAsia. Pada asalnya, AirAsia adalah salah satu anak syarikat yang dimiliki oleh DRB- Hicom. AirAsia telah mengalami kesulitan yang amat teruk kerana lambakan hutang. Kerajaan telah cuba menjual AirAsia, namun tiada pelabur berminat terhadapnya. Bebanan hutang yang tinggi, kos operasi yang mahal, pasaran yang sempit dan publisiti yang kurang adalah antara risiko yang sanggup diterima oleh Tan Sri Tony Fernandes. Beliau menganggap ia adalah satu cabaran yang perlu dilalui oleh seorang usahawan yang ingin berjaya. Pemikiran yang sentiasa positif dan kreatif membuatkan Tan Sri Tony Fernandes menuruti nasihat yang diberikan Dr. Mahathir untuk mengambil alih AirAsia dari DRB-Hicom menerusi Tune Air Sdn. Bhd., pada 8 September 2001 untuk diterapkan konsep tambang murah. TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 27 | Page   Pada awalnya, AirAsia adalah salah satu anak syarikat DRB-Hicom yang menjurus kepada industri penerbangan. Semasa penjualan AirAsia kepada Tan Sri Tony Fernandes, antara aset yang dimiliki hanyalah dua buah kapal terbang Boeing iaitu model 737-300 (9M- AAA dan 9M-AAB). Lebih memeritkan, kapal terbang tersebut adalah kapal terbang yang telah lama digunakan dan kemampuannnya untuk melakukan penerbangan adalah diragui oleh Tony. Tambahan pula, jumlah bebanan hutang yang perlu dilangsaikan beliau telah mencecah 11 juta US Dolar bersamaan RM 40 juta. Oleh sebab itu, nilai jualan yang dikeluarkan DRB-Hicom terhadap syarikat subsidiarinya itu cuma RM 1.00. Namun, inilah yang dikatakan halangan dan rintangan yang perlu ditempuhi oleh seseorang usahawan yang mahu berjaya dalam perniagaan yang diceburinya. Beliau adalah seorang yang nampaknya begitu fokus dalam melaksanakan perkara yang beliau minati, sehingga sanggup menggadai apa sahaja yang beliau miliki walaupun masih jauh daripada mencukupi sebagai modal syarikat. Mungkin ini bukan suatu perkara yang menghairankan,  jika yang diminati itu matlamat yang biasa, tetapi untuk memiliki sebuah syarikat penerbangan sudah tentu bukanlah sesuatu dalam jangkaan untuk seorang yang tidak memiliki modal yang cukup dan hanya berbekalkan minat dan semangat yang kental. Boeing model 737-300 (9M-AAB) Boeing model 737-300 (9M-AAA) TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 28 | Page   Dengan keyakinan diri yang tinggi yang telah lama wujud dalam diri Tan Sri Tony Fernandes dan keinginan beliau untuk memiliki sebuah syarikat penerbangan sendiri, beliau telah membeli AirAsia dengan memajak rumahnya dan menggunakan keseluruhan wang simpanannya untuk membeli AirAsia bersama tenaga kerja dan aset yang dimiliki AirAsia ketika itu termasuk dua buah kapal terbang usang tersebut. Menurut Tan Sri Tony Fernandes, penyelamat mereka ketika itu adalah kontrak AirAsia dengan Tabung Haji yang diwarisi daripada DRB-Hicom, yang menjana keuntungan kepada AirAsia. Beliau berkata, keuntungan daripada kontrak AirAsia itu telah digunakan untuk membayar balik hutang tersebut. Setelah beliau mengambil alih AirAsia dari DRB-Hicom, beliau terus mengejar impian beliau sejak dari bangku sekolah untuk menjadikan AirAsia sebagai syarikat penerbangan tambang murah den gan moto “Now, everyone can fly.”   Pembeliannya itu dilakukan setelah berlakunya peristiwa 11 September 2001 dimana rata-rata industri penerbangan di seluruh dunia telah mengalami kerugian dan keadaan ini merupakan keadaan paling teruk mengikut sejarah penerbangan. Selepas kejadian itu, masyarakat dunia telah menyatakan kegusaran dan kebimbangan mereka untuk menaiki pengangkutan udara terutama kapal terbang. TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 29 | Page   Pelbagai tohmahan dan kata-kata tidak enak dilemparkan ke atas Tan Sri Tony Fernandes selepas pembelian AirAsia sehingga ada pakar ekonomi dan mereka yang mempunyai kepentingan dalam industri penerbangan meramalkan beliau akan muflis dalam masa terdekat kerana faktor peristiwa hitam 11 September tersebut. Terdapat juga masyarakat yang mengatakan beliau telah „gila‟ dan „kurang cerdik‟ atas pembel ian itu kerana orang ramai takut untuk menggunakan kapal terbang sebagai pengangkutan utama mereka. Namun, seorang usahawan yang berjaya tidak akan tunduk kepada keadaan sekeliling. Walau bagaimanapun, hanya selepas setahun, AirAsia mampu menjelaskan keseluruhan hutangnya, dan tidak lagi mengalami kerugian. Setiap tahun sehinggalah ke hari ini, akaun kewangannya sentiasa menunjukkan nilai yang positif. Penyusunan semula organisasi AirAsia dengan imej dan konsep yang baru membawa perubahan yang besar dan memperoleh keuntungan dalam tempoh masa yang pendek. Tawaran sahamnya (IPO) pada November 2004 menerima lebihan permintaan sebanyak 130 peratus. Selepas peristiwa 11 September tersebut, ramai pekerja dari pelbagai syarikat penerbangan di seluruh dunia telah diberhentikan kerja atas faktor keuntungan syarikat. Ada antara mereka yang merupakan juruterbang, pramugara dan pramugari, kerani dan lain-lain. Selain itu, terdapat syarikat penerbangan yang menjual aset mereka termasuk kapal terbang bagi mengimbangi kewangan syarikat. TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 30 | Page   Tan Sri Tony Fernandes merasakan bahawa masa yang dipilih untuk membeli syarikat AirAsia adalah tepat. Semenjak 11 September 2001, sewa kapal terbang telah menurun 40 peratus. Tambahan pula, ramai pekerja yang berpengalaman boleh diperolehi pada masa itu, disebabkan pemberhentian pekerja dalam industri penerbangan. Tan Sri Tony Fernandes juga percaya bahawa penumpang Malaysia akan memilih tambang penerbangan rendah supaya dapat mengurangkan masa dan kos, terutamanya dalam keadaan kegawatan ekonomi. Oleh sebab itu, beliau meniru sistem Ryanair (Ryanair yang juga meniru sistemnya daripada Southwest Airlines di Amerika Syarikat), sebuah syarikat penerbangan Ireland yang paling berjaya di dunia. Kebijaksanaan beliau tidak dapat disangkal lagi. Tidak cukup dengan kejayaan beliau memperoleh ramai pekerja berpengalaman, beliau juga turut meneliti keadaan ekonomi Malaysia bagi masa depan AirAsia. Tan Sri Tony Fernandes telah mengkaji bahawa 50 peratus daripada pelanggan kapal terbang tambang rendah adalah penumpang kapal terbang kali pertama. Sebelum AirAsia bermula sebagai penerbangan tambang rendah, Tan Sri Tony Fernandes mengira bahawa cuma 6 peratus daripada jutaan penduduk Malaysia yang pernah menaiki kapal terbang. Hal ini kerana, penduduk Malaysia lebih gemar menaiki kenderaan sendiri dan pengangkutan lain seperti kereta api dan bas (domestik) memandangkan perbelanjaan yang mereka keluarkan jauh lebih rendah berbanding kos yang perlu dikeluarkan bagi menaiki kapal terbang. TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 31 | Page   Mengikut buku The AirAsia Story ditulis oleh Sen Ze dan Jayne Ng, bagi Tony, kualiti seorang usahawan yang paling penting ialah kecekalan atau dalam bahasa inggerisnya, „ willing to never take no for an answer‟.  Bagi Tan Sri Tony Fernandes, “Berpeganglah dengan keyakinan anda. Jika anda terlalu mendengar kata orang lain, anda tidak mungkin dapat memulakan sesuatu. Sebab itulah mereka tidak menjadi usahawan. Orang yang memberi nasihat itu bukanlah usahawan. Jika tidak, sudah tentu mereka melaksanakan sendiri. Kita hanya perlu yakin dan laksanakannya. ”   Ketika mula-mula beliau mahu memperkenalkan penerbangan tambang murah ini, orang ramai terbayangkan mereka perlu berdiri dalam kapal terbang kerana harga tiket penerbangan yang sebegitu murah. Tetapi sebenarnya itu cumalah tanggapan mereka. Perkhidmatan yang ditawarkan hanya berbeza sedikit daripada syarikat penerbangan lain seperti MAS dan FireFly apabila ada perkhidmatan yang tidak disediakan seperti hidangan makanan dan free seating (tempat duduk bebas) serta tempat duduk yang keras dan sempit. Tetapi perkhidmatan yang ditawarkan oleh AirAsia adalah sangat berbaloi jika dipandang dari sudut kos dan perbelanjaan yang perlu dikeluarkan oleh penumpang. TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 32 | Page   Pada sekilas pandang terdapat ciri-ciri yang serupa antara Tan Sri Tony Fernandes dengan ayah beliau. Jika ayah beliau memberi keistimewaan kepada pesakit yang miskin, Tony pula memberi fokus kepada rakyat yang kurang mampu untuk membeli tiket penerbangan biasa. Tetapi bezanya, jika ayah beliau membantu pesakit dengan tujuan mengurangkan bebanan mereka sehingga mengorbankan keuntungan, Tony juga membantu rakyat yang tidak mampu membeli tiket kapal terbang, tetapi beliau tetap terikat dengan prinsip perniagaan berasaskan keuntungan dan lestari (berkekalan). Sungguhpun demikian, adalah kurang tepat untuk mengatakan bahawa Tony bersikap tidak berhati perut dalam membuat sesuatu pertimbangan kerana beliau tetap mementingkan soal keuntungan. Malah beliau amat yakin kepada soal potensi pertumbuhan yang tinggi dalam industri penerbangan di Asia sebelum menceburi sektor tersebut. Bagi menentukan kejayaan, sikap beliau yang fokus kepada sesuatu projek adalah suatu ciri yang tepat dan dapat membantu mengurangkan risiko. Beliau berkata, “saya bukanlah seorang yang suka memulakan dua puluh benda dan kemudian berharap tiga akan berjaya. Saya lebih berminat memulakan dua atau tiga dan tentukan ia berjaya, kemudian laksanakan usaha- usaha seterusnya.”   TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 33 | Page   PERKEMBANGAN Mengimbas kembali permulaan AirAsia yang pada awalnya merupakan armada nasional, ditubuhkan oleh DRB-Hicom Bhd pada akhir tahun 1996. AirAsia lahir selaras dengan rancangan pengembangan yang sangat bercita-cita tinggi, tetapi rancangan tersebut tertunda setelah pemilik awal DRB- Hicom, Tan Sri Yahya Ahmad, meninggal akibat kemalagan helikopter pada bulan Mac 1997. Masalah kegawatan ekonomi pada waktu itu menyebebkan DRB-Hicom mencari pemilik baru untuk terus mengekalkan perniagaan yang membawa prospek tersebut. Muncullah Tan Sri Tony Fernandes untuk membeli syarikat itu. Berbekal semangat dan keyakinan yang dijalankan, Tan Sri Tony Fernandes perlahan-lahan dapat mengubah syarikat tersebut dan mula menghasilkan keuntungan pada tahun 2002. ir Asia terus melakukan pengembangan. Setelah menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Kuala Lumpur International Airport / KLIA) sebagai pusat operasi (hub), pada tahun 2003 AirAsia membuka hub kedua di Lapangan Terbang Senai, Johor Bahru, yang terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Changi di Singapura. Bukan itu sahaja, pengembangan AirAsia selanjutnya adalah membuka laluan A TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 34 | Page   penerbangan antarabangsa ke Thailand dan kemudian didirikan airline bernama Thai AirAsia, hasil kerjasama perniagaan (joint venture) dengan Shin Corporation. Thai AirAsia terbang dari Lapangan Terbang Don Mueang Bangkok ke Kuala Lumpur pada penerbangan pertamanya dan disusuli penerbangan ke Singapura dari Bangkok. Selama lima bulan sehingga 30 Jun 2004, Thai AirAsia telah membawa sekitar 380.400 penumpang, 86.7 peratus adalah penumpang dengan laluan dalam wilayah Thailand dan 13.3 peratus adalah penumpang dari dan ke Singapura. Pada tahun 2006, Thai AirAsia memindahkan pusat operasinya ke Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok. Pengembangan seterusnya dilakukan oleh AirAsia dengan membuka cawangan di Malaysia yang bernama Malaysia AirAsia. Pada tahun 2004, sebuah syarikat penerbangan Malaysia bernama AWAIR diambil alih oleh AirAsia dengan 40 peratus sahamnya. AWAIR sendiri ditubuhkan pada September 1999 dan kerana dibebani hutang akhirnya AWAIR berhenti beroperasi pada Mac 2002. Tan Sri Tony Fernandes mengambil alih AWAIR dengan nilai USD 2. Bermula pada 1 Disember 2005, AWAIR berganti nama menjadi Malaysia AirAsia dan memperoleh kesempatan untuk memanfaatkan pasaran penerbangan di Malaysia dengan populasi penduduk lebih dari 200 juta orang. TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 35 | Page   AirAsia semakin melebarkan sayapnya dengan membuka penerbangan ke Macau yang bermula pada Jun 2004, kemudian penerbangan ke tanah besar China (Xiamen) dan Filipina (Manila) pada April 2005. Penerbangan ke Vietnam dan Kemboja juga pada tahun 2005 dan ke Brunei dan Myanmar pada tahun 2006, kesemuanya dikendalikan oleh Thai AirAsia. Pada tahun 2007, AirAsia menubuhkan AirAsia X sebagai airline LCC  –   Low Cost Carrier (budget airline) yang mengendalikan penerbangan jarak jauh dari Malaysia ke beberapa destinasi Asia, Oceania dan Eropah. AirAsia X yang sebelumnya dikenali sebagai FlyAsianXpress Sdn. Bhd mula beroperasi pada tanggal 2 November 2007 dengan penerbangan dari KLIA menuju Lapangan Terbang Gold Coast di Australia. Jenis kapal terbang yang digunakan oleh AirAsia X adalah kapal terbang bersaiz lebar seperti Airbus A330-200, A330-300 dan A340-300. Berturut-turut selepas itu pengembangan AirAsia diteruskan dengan menubuhkan AirAsia Philippines pada bulan Disember 2010 dan mula beroperasi pada bulan September 2011 dengan hab di Lapangan Terbang Diosdado Macapagal, Clark. Selepas itu, pada Ogos 2011 AirAsia Japan ditubuhkan dengan kerjasama perniagaan All Nippon Airways, yang dirancang akan mula beroperasi pada bulan Ogos 2012 dengan menjadikan Lapangan Terbang Narita, Tokyo sebagai hab. TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 36 | Page   Tan Sri Tony Fernandes turut menjalankan perniagaan lain yang beroperasi di bawah Kumpulan Tune iaitu Tune Hotels, Tune Money, Tune Talk, Tune Sports, Tune Studio dan Kuala Lumpur Education City (KLEC). Syarikat penerbagan AirAsia berada di bawah perniagaan Tune Air. Selain itu, Tan Sri Tony Fernandes juga membuat pelaburan ke atas MU, pengadil, Formula 1, LA Rangers dan sebagainya. Selepas 9 tahun,   Syarikat tersebut bernilai hampir RM 4 billion, mencatat keuntungan sebanyak RM549 juta, memiliki lebih 85 pesawat Airbus A320 dan A330, terbang terus melalui lebih 130 laluan perjalanan ke 70 destinasi seluruh dunia, menerbangkan lebih 20 juta orang penumpang setahun dan kini mempunyai lebih dari 8,000 orang pekerja di Malaysia, Thailand dan Indonesia. TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 37 | Page   Itulah AirAsia, sebuah jenama tempatan bertaraf global dan kini menjadi saingan syarikat penerbangan bertaraf antarabangsa lain yang telah beroperasi seperti Malaysia Airlines Sistem (MAS), Singapore Airlines (SIA) dan Cathay Pacific. Ketika pengasasnya, Tan Sri Tony Fernandes, mengumumkan impiannya untuk melancarkan perkhidmatan penerbangan tambang rendah yang pertama di rantau ini, ramai yang memandang sinis dan tidak yakin dengan impiannya itu. Tetapi selepas 9 tahun, beliau membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil di dunia ini dan apa yang lebih menarik, modul perniagaan perkhidmatan tambang rendah AirAsia menjadi ikutan pesaing-pesaingnya seperti MAS yang menubuhkan Fireflyz, SIA yang menubuhkan Tiger Airways dan Qantas Airways yang menubuhkan Jetstar Airways. Tan Sri Tony Fernandes berkata, kejayaan AirAsia bukan sahaja merupakan manifestasi kejayaan negara tetapi merupakan simbol kejayaan masyarakat majmuk dalam menguruskan sebuah syarikat perniagaan. Beliau melakukan transformasi dalam landskap penerbangan sejak mengambil alih AirAsia yang berdepan masalah kerugian pada 2001. Pelan pemasaran yang sempurna melalui Internet juga menjadi untuk AirAsia kerana mengikut kajian, kira-kira 70% hingga 80% pembelian di Internet untuk pasaran Malaysia adalah pembelian tiket kapal terbang AirAsia. Kejayaan beliau semakin luas dalam pelbagai bidang seperti perhotelan, sukan formula satu dan banyak lagi. Disini, dapat kita lihat bagaimana seseorang itu mampu mengubah keadaan melalui perancangan dan penelitian yang mendalam. Apa yang penting, beliau bertindak dan tidak mengalah dengan situasi yang pada mulanya seolah-olah tidak memihak padanya. TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 38 | Page   TUNE GROUP   une Group ialah syarikat perniagaan gaya hidup yang ditubuhkan oleh Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun yang masing-masing merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan Timbalan Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbesar Asia. Tune Group bertujuan untuk menginovasi dan merevolusikan cara perkhidmatan gaya hidup yang disampaikan dan kecekapan bekerja berasaskan web untuk menarik dan mengekalkan pelanggannya, menawarkan gaya hidup yang unik daripada penginapan hotel, penyelesaian kewangan peribadi, perkhidmatan prabayar mudah alih yang berpatutan dan sukan. T TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 39 | Page   TUNE AIR Pada tahun 2001, Tan Sri Tony Fernandes mengasaskan Tune Air Sdn. Bhd. bersama Datuk Kamarudin Meranun, dengan wawasan untuk meliberalisasikan perjalanan udara pada tambang yang berpatutan. Mereka membeli syarikat penerbangan yang bermasalah dengan nilai RM1 (US$ 0.25) dan menukarkan operasi yang hanya mempunyai dua buah kapal terbang kepada syarikat penerbangan kos rendah terbesar di Asia. Hari ini, AirAsia dan AirAsia X adalah cerita-cerita kejayaan yang lahir dari satu impian dan kepercayaan pengasasnya dalam melihat wawasan mereka.  AirAsia irAsia adalah syarikat penerbangan tambang murah yang pertama di Asia yang berpengkalan di Malaysia. Kumpulan AirAsia telah menjalankan operasi penerbangan antarabangsa dan tempatan ke lebih 400 destinasi merentasi 25 negara. Hab utamanya ialah di Low-Cost Carrier Terminal (LCCT) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Syarikat penerbangan lain yang bergabung dengannya adalah Thai AirAsia, AirAsia Philippines dan AirAsia Japan mempunyai hab masing-masing di Lapangan Terbang Survarnabhumi, Lapangan Terbang Antarabangsa Clark dan Lapangan Terbang Antarabangsa Narita. Pejabat AirAsia yang berdaftar terletak di Petaling Jaya manakala ibu pejabatnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). A TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 40 | Page   Tahun Penubuhan 1993 Hab (Pusat Operasi) Utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Hab Kedua Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching Subsidiari Thai AirAsia Indonesia AirAsia AirAsia Philippines AirAsia X AirAsia Japan Kapal Terbang 54 excl. subsidiary Destinasi 88 inc. subsidiary Slogan Syarikat Now Everyone Can Fly Syarikat Induk Tune Group Ibu Pejabat Pejabat berdaftar : Petaling Jaya, Selangor Ibu Pejabat : Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Sepang, Selangor Pendapatan RM 3.95 billion (2010) Pendapatan Operasi RM 1.099 billion (2010) Pendapatan Bersih RM 1.067 billion (2010) Jumlah Aset RM 13.24 billion (2010) Jumlah Ekuiti RM 3.641 billion (2010) TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 41 | Page    AirAsia X irAsia X adalah syarikat penerbangan tambang murah bagi perjalanan jarak jauh yang berpengkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Syarikat tersebut mula beroperasi pada 2 November 2007 dengan menyewa sebuah pesawat Airbus 330-300 ke Lapangan Terbang Gold Coast, Australia. Penerbangan baru ini dimiliki oleh AirAsia X Sdn. Bhd. yang dahulunya dikenali sebagai FlyAsianXpress Sdn. Bhd. Syarikat ini pernah menyediakan perkhidmatan penerbangan laluan- laluan luar bandar di Malaysia. Mereka berhak menggunakan laman web AirAsia, kostum dan pengurusan AirAsia kerana mereka telah membeli francais ini daripada AirAsia. Pada 17 Mei 2007, Tan Sri Tony Fernandes telah mengumumkan rancangan untuk memulakan penerbangan dari Malaysia ke Australia. Beliau menekankan bahawa mereka akan mengelak Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney kerana yuran yang sangat tinggi dan lebih menumpukan perhatian ke atas lapangan terbang alternatif yang lebih murah seperti lapangan Terbang Avalon berdekatan Melbourne, Newcastle dan Adelaide. Laluan AirAsia X pertama adalah Kuala Lumpur ke Gold Coast, Australia dengan tambang sehala bermula pada MYR 60 (AUD 647) tanpa cukai dan caj tambahan dan bagi tambang dua hala adalah kira-kira MYR 1,900 (AUD 647) tanpa cukai tambahan. A TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 42 | Page   Syarikat penerbangan ini juga mengumumkan Sir Richard Branson dari Virgin Group akan mengambil syer sebanyak 20% ke dalam AirAsia X untuk membantu operasi permulaan seperti membiayai pembelian pesawat- pesawatnya. Branson juga meramalkan kemungkinan mengadakan hubungan rapat antara Virgin Blue dan AirAsia X, seperti perkongsian kod dan program frequent flyer pada masa akan datang. Pesawat pertama AirAsia X tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Malaysia pada 15 September 2007. Ia dinamakan “Semangat Sir Freddie” untuk memperingati perintis dan pengasas penerbangan kos rendah Sir Freddie Laker, Skytrain di Eropah. Antara destinasi AirAsia X adalah :  Asia Tenggara a)   Malaysia  –   Kuala Lumpur (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur)  Asia Timur a)   Republik Rakyat China i)   Hangzhou (Lapangan Terbang Antarabangsa Hangzhou Xiaoshan) ii)   Tianjin (Lapangan Terbang Antarabangsa Tianjin Binhai International Airport) Sir Richard Branson dari Virgin Group bersama Tan Sri Tony Fernandes   TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 43 | Page   Oceania b)   Australia i)   Gold Coast (Lapangan Terbang Gold Coast) ii)   Melbourne (Lapangan Terbang Melbourne) iii)   Perth (Lapangan Terbang Perth) Pada 14 Mei 2007, AirAsia mengesahkan bahawa mereka telah menempah 15 pesawat Airbus A330-300, iaitu lebih 5 buah pesawat daripada pengumuman asalnya. Pesawat-pesawat tersebut dijadualkan untuk sampai pada suku ke-4 2008. Pada 27 Mac 2008, AirAsia menandatangani satu kontrak kukuh untuk 10 lagi Airbus A330-300 yang membawa  jumlah tempahan kepada 25 buah pesawat. AirAsia X menerima A330 pertamanya pada 31 Oktober 2008 di Toulouse, Perancis. AirAsia juga mengumumkan pada 11 Mei 2008 yang mereka telah menandatangani satu perjanjian sewa dengan Orix Aviation untuk sebuah Airbus A340, untuk digunakan dalam penerbangan komersialnya yang pertama dari Kuala Lumpur ke London. Mereka menerima A340 pada Januari 2009 dan penerbangan komersialnya yang pertama adalah ke Lapangan Terbang Stansted pada 11 Mac 2009. Syarikat penerbangan juga mengumumkan pada 27 November 2008 bahawa mereka mengharapkan untuk membeli sehingga 25 pesawat Airbus A350 atau Boeing 787 sebagai sebahagian daripada pertumbuhan masa depannya. TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 44 | Page   TUNE HOTEL   une Hotels.com adalah "limited service" (servis yang terhad) iaitu antara rangkaian hotel yang dikendalikan oleh Tune Hotels Regional Services Sdn. Bhd. yang menyediakan penginapan "5-star sleeping experience at a 1-star price" (pengalaman tidur 5 bintang dengan bayaran 1 bintang). Tune Hotels.com adalah sebahagian daripada Tune Group, kumpulan pelaburan swasta Tan Sri Tony Fernandes, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia syarikat penerbangan kos rendah. Tune Hotels.com menyatakan tujuannya untuk mempunyai 100 hotel dalam portfolio global menjelang 2015. Model “limited services”  yang digunakan oleh Tune Hotels.com adalah serupa dengan model perniagaan tiada tambang yang diamalkan oleh penerbangan kos rendah seperti AirAsia dan telah disesuaikan dengan industri hospitaliti. Berpandukan 'penerbangan kos rendah', Tune Hotels.com “limited services” dan konsep “ pay-as-you-use of add- ons”  menyediakan banyak perkhidmatan hospitaliti tradisional. Justeru, perkhidmatan dan tambahan yang ditawarkan pada kemudahan asas “ pay-as-you- go”, termasuk tandas, 12 atau 24 jam penghawa dingin, televisyen, internet tanpa wayar (wireless) serta penginapan untuk seorang atau dua orang. T   TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 45 | Page   Tempahan bilik dalam talian juga mendapat sambutan yang agak memberansangkan pada harga bermula dari USD3.00. Walau bagaimanapun biasanya harga akan berada pada sekitar kadar tempatan yang rendah, bayaran bagi perkhidmatan peribadi yang tidak boleh diperoleh atau disediakan oleh pihak yang bertanggungjawab akan dipulangkan semula dan sekiranya terdapat sebarang kesilapan tempahan juga mereka akan mengembalikan wang pelanggan. Tune Hotels.com juga menyewakan ruang hotel kepada pengendali runcit seperti 7- Eleven, Restoran Subway dan Coffees Gloria Jean. Disamping itu ruang hotel disediakan untuk disewa kepada pengiklan (bangunan, luar serta lantai keseluruhan) pada dinding bilik, kunci bilik, lorong dan di lobi. Antara pengiklan utama adalah CIMB Bank, King Koil, Marigold, Nippon Paint dan Nestle. Di samping itu, Tune Hotels.com mempunyai cawangan yang sangat luas di serata dunia iaitu 12 hotel di Malaysia, 10 hotel di Indonesia, enam hotel di United Kingdom, lapan hotel di Filipina, tiga hotel di Thailand, empat di Australia dan 30 di India. TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 46 | Page   Contoh hotel yang berada dibawah Tune Hotels.com : Malaysia    Tune Hotel Bintulu,  Bintulu,  Sarawak    Tune Hotel Danga Bay,  Johor Bahru,  Johor    Tune Hotel Downtown Kuala Lumpur,  Wilayah Persekutuan    Tune Hotel Downtown Penang,  Penang    Tune Hotel KLIA-LCCT Airport,  Sepang,  Selangor    Tune Hotel Kota Bharu City Centre,  Kota Bahru,  Kelantan    Tune Hotel Kota Damansara,  Petaling Jaya,  Selangor    Tune Hotel Kulim Landmark Central,  Kulim,  Kedah    Tune Hotel Waterfront Kuching,  Kuching,  Sarawak    Tune Hotel 1Borneo,  Kota Kinabalu,  Sabah    Tune Hotel The Host,  Ipoh,  Perak    Tune Hotel d'Pulze,  Cyberjaya,  Wilayah Persekutuan Indonesia    Tune Hotel Double Six, Legian,  Bali    Tune Hotel Kuta,  Bali    Tune Hotel PasarBaru,  Jakarta    Tune Hotel Pekanbaru,  Sumatra (October 2012)    Tune Hotel Palembang,  Sumatra (December 2012)    Tune Hotel Surabaya,  Java (December 2012)    Tune Hotel Makassar,  Sulawesi (December 2012) TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 47 | Page      Tune Hotel Bekasi,  Jakarta (March 2013)    Tune Hotel Solo City,  Java (June 2013)    Tune Hotel Tangerang,  Jakarta (August 2013) United Kingdom    Tune Hotel Westminster,  London    Tune Hotel Liverpool Street,  London    Tune Hotel Pread Street, Paddington,  London    Tune Hotel King's Cross,  London    Tune Hotel Parker Street,  Liverpool (December 2012)    Tune Hotel Edinburgh (December 2012) Philippines    Tune Hotel Angeles City,  Pampanga    Tune Hotel Cebu City,  Cebu    Tune Hotel Ermita,  Manila    Tune Hotel Makati City,  Manila    Tune Hotel Cagayan de Oro,  Mindanao (October 12, 2012)    Tune Hotel Ortigas,  Manila (December 2012)    Tune Hotel Davao City,  Mindanao (July 2013)    Tune Hotel Quezon City,  Manila (February 2013) TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 48 | Page   Thailand    Tune Hotel Hatyai,  Songkhla    Tune Hotel Pattaya,  Chonburi( 1 October 2012) Australia    Tune Hotel 607 Swanston St,  Carlton,  Melbourne    Tune Hotel  Darwin (2013)    Tune Hotel  Perth (2013)    Tune Hotel  Sydney (2013) India    Ahmedabad (2013) TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 49 | Page   TUNE MONEY    une Money adalah syarikat pertama di Asia yang tidak mengenakan "caj perkhidmatan lebih" dalam talian kewangan yang sebelum ini dimiliki sepenuhnya oleh Tune Group Sdn. Bhd. Pengasasnya adalah Tan Sri Tony Fernandes, pengasas syarikat penerbangan kos rendah di Malaysia, AirAsia. Pemegang saham utama adalah Tune Ventures (44,83%), CIMB Pelaburan Berstruktur (25%) dan Tengku Zafrul Aziz (10%), yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif. Tune Money adalah syarikat perkhidmatan kewangan sejagat yang menawarkan kad pra-bayar dan kad ganjaran (kesetiaan) yang berpatutan serta kemudahan dalam produk insurans. Ia telah dibangunkan untuk memenuhi keperluan kewangan pengguna melalui pembayaran, ganjaran kesetiaan dan produk insurans pada harga yang berpatutan. Tune Money telah beroperasi sejak 2007 dan bersama-sama dengan anak syarikat yang lain iaitu Tune Talk dan Tune Hotels bagi mewujudkan masyarakat yang mempunyai gaya hidup digital. T Tengku Zafrul Aziz, CEO Tune Money TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 50 | Page   Tune Money adalah sebahagian daripada gaya gabungan perniagaan dalam Tune Group yang diasaskan oleh Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun. Peneraju Tune Money.com : Tan Sri Tony Fernandes Pengasas bersama dan Pengerusi Eksekutif Tune Group. Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan AirAsia Sebelum Tune dan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes adalah Pengawal Kewangan di Virgin Communications London (1987-1989), Penganalisis Kanan Kewangan di Warner Music Antarabangsa London (1989-1992), Pengarah Urusan di Warner Music Malaysia, (dari 1992 hingga 1996), Pengarah Urusan Serantau, ASEAN (dari Ogos 1996 hingga Disember 1999) dan Naib Presiden, ASEAN (dari Disember 1999 hingga Julai 2001) di Warner Music Asia Tenggara . Dato‟  Sri Tony berkelulusan dari London School of Economics dengan BSc dalam Perakaunan dan Kewangan serta menjadi Ahli Bersekutu Persatuan Akauntan Bertauliah pada tahun 1991. Beliau kemudiannya menjadi ahli badan ilmiah pada tahun 1996. Beliau telah diterima sebagai ahli Institute of Chartered Accountants di England dan Wales (ICAEW) pada tahun 2008. TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 51 | Page   Datuk Kamarudin Meranun Pengasas bersama Tune Group. Timbalan Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan AirAsia Sebelum menyertai Tune Group dan AirAsia, Datuk Kamarudin bekerja di Arab- Malaysian Merchant Bank (1988-1993) sebagai Pengurus Portfolio, iaitu menguruskan dana pelaburan kedua-dua institusi dan pulangan terhadap pelaburan pelanggan individu. Pada tahun 1994, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Innosabah Capital Management Sdn. Bhd., anak syarikat Innosabah Securities Sdn. Bhd., Beliau kemudiannya memperoleh saham sebagai rakan kongsi usahasama Innosabah Capital Management Sdn. Bhd., yang kemudiannya dinamakan Intrinsik Capital Management Sdn. Bhd. Datuk Kamarudin menerima Diploma dalam bidang Sains Aktuari dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan telah dinamakan "Pelajar Aktuari Terbaik" oleh Institut Insurans Hayat Malaysia pada tahun 1983. Beliau menerima BSc. Ijazah dengan Cemerlang iaitu pengkhususan dalam bidang Kewangan pada tahun 1986 dan MBA pada tahun 1987 dari Central Michigan University. TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 52 | Page   Dato’ Seri Kalimullah bin Masheerul Hassan Pengerusi / Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif Dato‟ Seri Kalimullah bin Masheerul Hassan, 53, memulakan kerjaya dalam kewartawanan pada tahun 1979 dan berpindah kepada sektor korporat pada tahun 1995. Beliau telah mendapat pengalaman korporat yang luas setelah memegang jawatan penting d alam pelbagai syarikat di Malaysia. Pada September 2002, Dato‟ Seri Kalimullah telah dilantik sebagai pengerusi agensi berita kebangsaan, Bernama, selama dua tahun oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong tetapi meletak jawatan dan tidak lama selepas itu, beliau dilantik sebagai Ketua Editor dalam New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) pada 1 Januari 2004. Beliau meninggalkan NSTP sebagai Ketua Editor pada 31 Disember 2005 selepas tamat kontrak beliau kembali ke perniagaan perkhidmatan kewangan. Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi NSTP pada 1 Januari 2006 dan meletak jawatan pada 31 Disember 2008. Dato‟ Seri Kalimullah telah dilantik oleh Kerajaan Persekutuan sebagai ahli Panel Penasihat Perpaduan Negara pada 1 Januari 2005 untuk tempoh dua tahun. Beliau telah dilantik semula untuk satu penggal bagi dua tahun pada 1 Januari 2007. TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 53 | Page   Dato‟ Seri Kalimullah telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah ECM Libra Financial Group Berhad (ECMLFG) pada 16 Jun 2006. Beliau juga telah dilantik semula sebagai Pengerusi Eksekutif & Ketua Pegawai Eksekutif berkuatkuasa dari 1 Mei 2007, iaitu  jawatan yang dipegang beliau hingga 5 Februari 2010. Pada 6 Februari 2010, beliau dilantik semula sebagai Pengerusi Syarikat. Dato‟ Seri Kalimullah juga adalah salah seorang pengarah Yayasan ECM Libra. Encik Lim Kian Onn Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif Encik Lim Kian Onn, warganegara Malaysia, berusia 54, adalah salah seorang ahli Institut of Chartered Accountants di England & Wales dan Institut Akauntan Malaysia. Beliau berkhidmat bersama dengan KMG Thomson McLintock di London dan beliau adalah salah seorang perunding Andersen Consulting (1981-1984). Sepanjang tahun 1984 hingga 1993, beliau berkhidmat dengan Kumpulan Hong Leong, Malaysia sebagai Pengurus Kanan di Bahagian Kewangan dan kemudiannya sebagai Pengarah Eksekutif di bahagian broker saham yang bertanggungjawab bagi kewangan korporat, penyelidikan dan institusi jualan. Encik Lim mengasaskan Kumpulan Libra Capital pada tahun 1994 dan mengasaskan ECM Libra Group pada tahun 2002. TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 54 | Page   Encik Lim telah dilantik ke Lembaga ECMLFG pada 16 Jun 2006 dan dilantik semula sebagai Pengarah Urusan berkuatkuasa dari 1 Mei 2007, iaitu jawatan yang dipegang beliau hingga 5 Ogos 2010. Pada 6 Ogos 2010, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Syarikat. Encik Lim juga merupakan pengerusi bukan eksekutif Plato Capital Limited, sebuah syarikat yang diperbadankan di Singapura dan tersenarai di Bursa Saham Singapura dan beiau juga menjadi pengarah Yayasan ECM Libra. Encik Tan Hong Kheng Ketua jabatan Pelaburan Situasi Khas CIMB Group Hong Kheng adalah Ketua Jabatan Pelaburan Situasi Khas Kumpulan CIMB yang bertanggungjawab dalam pelaburan prinsipal pelaburan dan pelaburan langsung dalam dana ekuiti persendirian dan dana pelindung nilai. Sebahagian daripada pelaburan yang dibuat termasuklah pelaburan CIMB dalam Tune Money, perolehan pengambilalihan swasta Worldwide Holdings dan pengambilalihan kepentingan majoriti dalam Touch'n Go. Sebelum itu, pada tahun 2003, Hong Kheng telah dipilih untuk mengetuai pelaburan perbankan Kumpulan CIMB dalam kemasukan pertama ke Indonesia. TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 55 | Page   Sebagai Pengarah Eksekutif PT CIMB Niaga Securities Indonesia (CNS), Hong Kheng menubuhkan pelaburan perbankan CIMB di Indonesia dan berjaya melaksanakan pelbagai teknik pelaburan perbankan. Di bawah kepimpinan beliau, CNS telah dinamakan sebagai Bloomberg iaitu penaja jaminan utama yang paling aktif bagi IPO dan peneraju pasaran bagi Ekuiti yang berkaitan dengan isu-isu di Indonesia pada tahun 2005. Sebelum berkhidmat di Indonesia, Hong Kheng aktif dalam dana M & A dan meningkatkan penawaran seperti MBO dan penyusunan semula KFC Malaysia. Sepanjang kerjayanya dengan CIMB, Hong Kheng memperoleh pendedahan dalam bahagian Perbankan Pelaburan, Jabatan Kewangan Korporat dan Jabatan Pasaran Modal. Beliau juga adalah peguam bela yang berkelayakan dalam „Malaysian Bar‟ serta Shook Lin & Bok, Lee Choon Wan & Codan juga menjawat jawatan sebagai Pengurus Pelaburan bagi Jerneh Insurance Berhad. Hong Kheng memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Perakaunan utama) dan LLB dari Monash University. Beliau adalah ahli Bar Malaysia dan Australian Society CPAs. Beliau juga memegang Penaja Jamin dan lesen Broker dari Bapepam, Badan Pengawas Pasar Modal Indonesia. TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 56 | Page   Peter Miller Ketua Pegawai Eksekutif Tune Money Sdn. Bhd. Peter menyertai Tune Money sebagai pemegang saham dalam CIMB Group , di mana beliau mengetuai Perniagaan Insurans CIMBG, iaitu jawatan yang dipegang beliau sejak Julai 2006 berikutan penggabungan dengan Southern Bank Berhad di mana beliau merupakan Ketua Perbankan Konsumer. Peter menyelia kepentingan insurans CIMB di ASEAN dan pengarah CIMB Sun Life (Presiden Pesuruhjaya), CIMB Aviva Assurance & Takaful, Labuan Re dan CIG Bhd dimana jawatan yang beliau lepaskan pada akhir tahun 2010 untuk membolehkan beliau fokus hanya pada Tune Money. Sebelum menyertai CIMB, Peter menghabiskan masa selama lima tahun dengan insurans gergasi AIA sebagai Pengarah Bank Ansurans Serantau termasuk dua tahun di China sebagai Ketua Bank Ansurans AIA, China. Peter berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains, Matematik dari Universiti Leicester, England pada tahun 1986. TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 57 | Page   Sasitharan Krishnan Pengurus Besar, Tune Ins Holdings Sdn. Bhd. Sasitharan Krishnan (Sasi) merupakan penyelia portfolio bagi insurans Tune Money. Tanggungjawab beliau adalah membayangkan keseluruhan spektrum pembangunan portfolio insurans yang merangkumi pembangunan syarikat-syarikat subsidiari seperti Tune Money Hayat Re Bhd (Labuan) dan Tune Money Jen Re Ltd (Labuan) dan keseluruhan prestasi insurans syarikat. Beliau juga mendorong pembangunan AirAsia dan salah satunya adalah gabungan perkongsian strategik seperti Kumpulan Tune Syarikat yang lain selaras dengan usahanya mengembangkan portfolio insurans untuk Ins Tune. Holdings (Tih). Sebahagian besar daripada tanggungjawab beliau juga termasuk menguruskan pertumbuhan francais Tih di seluruh rantau ini untuk membangunkan dan menubuhkan Tih sebagai syarikat Insurans Asia. Sebelum beliau menjawat jawatan sebagai Pengrus Besar Tune Ins. Holding Sdn. Bhd., Sasi berkhidmat sebagai Ketua Pemasaran Langsung Tune Money untuk membangunkan pemasaran strategik langsung dan pengagihan perniagaan insurans. Beliau TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 58 | Page    juga telah diberi tanggungjawab untuk menubuhkan Re-insurans Hayat Entiti Labuan untuk mengembangkan portfolio insurans di seluruh rantau ini berdasarkan pengalaman luas beliau dalam membangunkan pemasaran insurans melalui pengedaran langsung yang disokong oleh kuota insurans semula model inovatif saham dengan menguruskan pertumbuhan produktif insurans pada jangka masa pendek. Di samping itu, Sasi telah menghabiskan kebanyakan kerjayanya dalam pembangunan pengedaran insurans dan pengurusan jualan, bekerja dengan institusi kewangan besar tempatan dan antarabangsa seperti Maybank, AmBank dan HSBC Group. Beliau juga adalah Pengurus Negara untuk Catatan Pte Ltd Malaysia sebelum menyertai Tune Money. Selain itu, Sasi berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang [LL.B. Hon.] dari University of London dan beliau berkelayakan profesional dalam Chartered Perunding Kewangan [Ch.FC], Kehidupan Penaja Chartered [CLU] dan Perancang Kewangan Bertauliah [CFP]. TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 59 | Page   Tune Money kini menawarkan dua barisan produk utama, iaitu Kad Visa prabayar dan Insurans. Contoh Kad Visa semasa prabayar Tune Money adalah:    Tune-Dalam Kad    Pulse Card    Kad BESAR   Tune Money juga menawarkan insurans melalui Insurans Tune yang menawarkan insurans dalam bahagian takaful. Insurans semasa produk Tune ialah:    Tune Insurans Kemalangan Diri    Tune Insurans Motor    Tune Home Insurans    Tune Insurans Perjalanan TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 60 | Page   TUNE TALK une Talk merupakan pengendali rangkaian maya mudah alih (MVNO) di Malaysia dan menggunakan rangkaian Celcom. Tune Talk Sdn. Bhd., pengendali mudah alih terbaru di negara ini, secara rasminya melancarkan perkhidmatan komersilnya pada 19 Ogos 2009. Sasaran Tune Talk untuk berkhidmat dalam segmen pasaran dengan kadar super- memanggil yang rendah dan insentif yang menarik. Ia dilaksanakan sebagai perkhidmatan prabayar dengan awalan „ 010 ‟ , Tune Talk menawarkan panggilan suara tanpa caj tambahan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) iaitu pakej yang memenuhi permintaan pengguna. Tune Talk beroperasi sebagai sebuah operator rangkaian maya mudah alih (MVNO) yang berada dibawah rangkaian Celcom (Malaysia) Berhad yang meluas. Tune Talk memeterai perjanjian MVNO dengan Celcom pada bulan Disember 2008. Celcom memegang ekuiti terbesar dalam Tune Talk melebihi 38% manakala 35.7% lagi dipegang oleh Tune Ventures Sdn. Bhd., manakala Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun bersama-sama memegang kepentingan sebanyak 70%. Baki saham pula dipegang oleh Pelaburan Tune Strategik Terhad dan pelbagai individu termasuklah Dato'Sri Kalimullah Hassan, Lim Kian Onn, Jason Lo, Gurtaj Singh Padda dan Mark Lankester. T TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 61 | Page   Kerjasama Tune Talk dengan Celcom adalah mercu tanda perkongsian yang dilihat dapat merevolusikan industri mudah ahli hasil kerjasama antara syarikat telekomunikasi utama negara dengan MVNO. Kelahiran Tune Talk adalah kemuncak bagi usaha beliau yang kuat. Selepas pelancaran yang berjaya di Malaysia, Tune Talk bersedia untuk memasuki negara-negara ASEAN yang lain (Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara) untuk merealisasikan inspirasi sebagai MVNO ASEAN. Pelbagai usaha sedang dijalankan untuk memasuki pengendalian rangkaian di Singapura, Indonesia, Thailand, Kemboja, Myanmar dan Filipina antara tahun 2010 sehingga 2013 yang membolehkan Tune Talk memberi perkhidmatan yang lebih baik. Pelanggan Tune Talk boleh menikmati sepenuhnya perkhidmatan rangkaian ini dibawah rangkaian Celcom sebagai peneraju utama. Sebagai MVNO, model perniagaan Tune Talk membolehkan syarikat ini memberi tumpuan dalam memperbaiki produk, pemasaran dan perkhidmatan pelanggan tanpa keperluan untuk membina dan mengekalkan rangkaian selular penuh. Ini membolehkan syarikat memastikan pelaburan modal mereka rendah, sekali gus memberi tumpuan kepada penawaran kadar panggilan yang super-rendah dan memberikan para pelanggan perkhidmatan pelanggan yang hebat. Sebagai ahli Tune Group, Tune Talk mempunyai kelebihan dalam menyediakan gaya hidup yang unik bersama-sama dengan anak syarikatnya yang lain iaitu Tune Money dan Tune Hotels. Tune Talk adalah Pembekal Perkhidmatan Rangkaian berlesen dan Pembekal TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 62 | Page   Perkhidmatan Aplikasi dengan blok penomboran yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Pemegang Saham Utama dalam Tune Talk    Celcom - Memiliki 38%    Tune Ventures - Memiliki 35.7%    Jason Lo (CEO)    Gurtaj Singh    Datuk Seri Kalimullah Masheerul Hassan    Lim Kian Onn    Mark Lankaster (Ketua Pegawai Eksekutif Tune Hotels) TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 63 | Page   TUNE SPORT Lotus Team otus Racing (Team Lotus) merupakan nama yang diberikan kepada pasukan milikan penuh Malaysia dalam Formula One, yang berpangkalan di United Kingdom, pada musim 2011. Pasukan ini dinamakan sebagai Lotus Racing pada tahun 2010, dan menggunakan nama syarikat 1Malaysia Racing Team. Pasukan ini ditubuhkan oleh beberapa ahli perniagaan Malaysia, yang diketuai oleh Tan Sri Tony Fernandes, dengan menggunakan lesen daripada pemilik Proton, Lotus Cars, untuk menggunakan nama Lotus dalam Formula One. Pasukan ini memasuki Formula One selepas pengunduran pasukan BMW pada tahun 2009. Selepas lesen tersebut ditamatkan, pasukan ini menggunakan nama Team Lotus untuk musim 2011. Kemudian, Caterham Group ditubuhkan selepas Tan Sri Tony Fernandes membeli pengilang kereta British, Caterham Cars. Walaupun Team Lotus telah menjadi sebahagian daripada kumpulan itu, mereka tetap terus bersaing di bawah nama Lotus untuk musim 2011.  Nama pasukan ini ditukar kepada “Caterham F1 Team” pada akhir tahun 2011, dan akan bersaing di bawah jenama Caterham bersama-sama dengan pasuka GP2 Series, Caterham Racing GP2 Team. Lotus Racing dikendalikan oleh1Malaysia F1 Team dengan usahasama Kerajaan Malaysia dan sebuah consortium usahawan Malaysia seperti Proton (pemilik Lotus Cars) Litar Antarabangsa (SIC), AirAsia, Naza Motors, Persatuan Sukan Bermotor Malaysia dan Persatuan Automobil Malaysia. Namun, Kerajaan Malaysia menegaskan bahawa kerajaan sendiri tidak melabur dalam pasukan F1 ini selain melabur melalui Proton. L   TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 64 | Page   Pasukan ini terbentuk selepas pasukan Litespeed F3 berjumpa dengan Tan Sri Tony Fernandes. Mereka pernah cuba menyertai pada musim 210 dengan nama Lotus, tetapi mereka gagal. Ini menandakan kembalinya nama Lotus sebagai pengeluar kereta Formula One sejak musim 1994, ketika syarikat Team Lotus yang pada awalnya menarik diri dari sukan ini. Tan Sri Tony Fernandes, pengasas dan CEO Malaysia-based Tune Ventures, pemilik syarikat penerbangan AirAsia adalah engarah pasukan tersebut. Pada mulanya, beliau bercadang untuk meletak  jawatan selepas musim bermula, namun beliau mengindikasikan bahawa beliau akan kekal memegang jawatannya. Manakala, pengarah teknikal pasukan adalah Mike Gaascoyne. TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 65 | Page   Pihak pasukan mengumumkan pelantikan Riad Asmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia F1 Team Sdn. Bhd. Asmat pernah bertugas sebagai Pengurus Besar di pejabat pengarah pengurusan Proton Holdings Berhad, di mana pada tahun 2006, beliau dipertanggungjawabkan untuk membangunkan program sukan bermotor, termasuk R3 dan Proton Axle Team. Selain penglibatan syarikat ini dalam program A1 Team Malaysia Keith Saunt turut dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi pasukan yang menguruskan penyusunan teknikal di Britain dan melapor kepada Ketua Pegawai Teknikal, Mike Gascoyne. Saunt ditugaskan memantau operasi teknikal seharian di pangkalan pasukan di Hinghan. Pengalaman Saunt dalam bidang teknikal F1 termasuk bersama Team Lotus International, Benetton, Renault dan Red Bull Racing, di mana beliau pernah bertugas sebagai ketua pegawai operasi dan pengarah Red Bull Technology. Pasukan itu pada awalnya berpengkalan di RTN (Racing Technology Norfolk Ltd.) di Norfolk, UK, 10 batu daripada kilang Lotus Cars. Pusat rekaan masa depan pasukan mereka, R&D, pembuatan dan pusat teknikal akan dibina khas di Litar Antarabangsa Sepang, Malaysia. Pada Mac 2010, pasukan itu mengumumkan bahawa sebuah perjanjian telah ditandatangani dengan CNN. Antara pemandu terbaik dari Lotus Racing adalah Heikki Kovalainen dari Finland, Jarno Trulli dari Itali dan Karun Chandhok dari India. TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 66 | Page   Queens Park Rangers F. C. ueens Park Rangers Football Club (QPR) ialah kelab bola sepak profesional Inggeris yang berpangkalan di White City, London. Mereka menjadi juara 2010-2011 Liga Divisyen Satu, menyebabkan mereka kini bermain di peringkat tertinggi bola sepak Inggeris, Liga Perdana, buat pertama kali dalam tempoh 15 tahun. Kepujian lain termasuklah memenangi Piala Liga pada tahun 1967, naib johan dalam Bahagian Pertama pada tahun 1975-1976 dan sehingga ke akhir Piala FA pada tahun 1982. Queens Park Rangers Football Club telah ditubuhkan pada tahun 1882 dan warna tradisi mereka adalah biru putih. Pada awal tahun-tahun selepas pembentukan kelab di rumah asal mereka, Queen Park, permainan dimainkan atas pelbagai alas an sehingga akhirnya kelab mereka menetap di Loftus Road. QPR mengekalkan persaingan lamanya dengan beberapa kelab lain di kawasan itu seperti Chelsea, Fulham, dan Brentford serta mereka yang bertanding dalam London debris Barat. Kelab ini dan peminat mereka juga mengekalkan pesaingan mereka dengan Watford walaupun sejak kebelakangan ini mereka agak kurang menonjol. Q TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 67 | Page   P ROFIL Q UENNS P  ARK R  ANGERS F OOTBALL C LUB   Nama Penuh Kelab bola Sepak Queens Park Rangers Diasaskan 1882 (130 tahun) Stadium Loftus Road, White City, London Pemilik Tan Sri Tony Fernandes, CBE (66%) The Mittal family (34%) Pengerusi Tan Sri Tony Fernandes, CBE Pengurus Mark Hughes Liga Premier League 2011-2012 Premier League, 17th Penjaring gol terbanyak sepanjang zaman George Goddard (186) TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 68 | Page   T  AN S RI T ONY F ERNANDES P EMILIK B  ARU K  ELAB B OLA QPR enurut akhbar MSTAR ONLINE, p emilik AirAsia dan anggota Lembaga Pengarah Penerbangan Malaysia (MAS), Tan Sri Tony Fernandes kini sah pemilik baru kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR). Berita mengenai pembelian saham majoriti kelab tersebut oleh Fernandes telah mendapat liputan meluas boleh dikatakan semua media utama Britain. Beliau telah membeli kesemua 66 peratus saham yang dipegang oleh supremo Formula One, Bernie Ecclestone di dalam kelab tersebut. Jumlah pembelian tersebut dianggarkan bernilai £35 juta - hampir sama banyak dengan nilai yang dibayar oleh Manchester City untuk memperolehi khidmat pemain prolifik Argentina, Sergio Aguero. Pelaburan yang dibuat oleh Tan Sri Tony Fernandes, dikatakan menyamai jumlah wang yang dikeluarkan oleh Ecclestone dan seorang lagi rakan kongsinya, Flavio Briatore ke atas QPR sejak mereka mengambil alih kelab tersebut pada tahun 2007. "Adalah menjadi impian saya untuk melibatkan diri dalam dunia pengurusan bolasepak dan peluang untuk memiliki sebuah kelab bolasepak di London adalah terlalu baik untuk diketepikan begitu sahaja," kata Fernandes. Beliau menyifatkan QPR sebagai sebutir berlian yang belum digilap dan berharap beliau akan dapat menyumbang sesuatu yang bermakna untuk menjadikannya sebuah berlian yang berkilauan. M TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 69 | Page   Seorang lagi pemegang saham terbesar QPR, taikun besi dari India, Lakshmi Mittal, difahamkan masih mengekalkan penguasaan sebanyak 33 peratus saham. Fernandes juga dikatakan telah berjanji untuk melabur sejumlah £10 juta lagi untuk membolehkan QPR membeli pemain baru. Salah seorang pemain yang menjadi buruan QPR ialah pemain terbaik EPL musim lalu, Scott Parker dari West Ham. Fernandes juga tidak menolak kemungkinan akan turut mempromosikan syarikat penerbangannya AirAsia dan juga MAS bersama QPR. Buat masa ini Team Lotus, salah satu pasukan dalam Formula Satu yang mana Fernandes adalah pemilik dan penggerak utamanya ditaja oleh AirAsia. Kejayaan Fernandes menguasai 66 peratus pegangan saham dalam QPR hanya muncul tidak sampai dua bulan selepas kegagalannya untuk membeli kelab West Ham. `Nampaknya kegagalan pembelian kelab tersebut bagaikan membawa tuah kepada Fernandes kerana West Ham kini telah disingkirkan ke Bahagian Kedua Liga dan QPR sebaliknya berada di Liga Perdana selepas menjuarai Liga Bahagian Dua England. TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 70 | Page    Asean Basketball League   sean Basketball League (ABL) diasaskan pada tahun 2009 dan merupakan salah satu inisiatif oleh personaliti korporat dengan sokongan dari FIBA, FIBA Asia dan Asia Tenggara Persatuan Bola Keranjang untuk menggalakkan dan membangunkan permainan bola keranjang di Asia Tenggara. Liga ini bertujuan untuk mewujudkan satu platform yang lebih tinggi untuk bola keranjang untuk dibangunkan oleh syarikat-syarikat yang bekerjasama dengan FIBA Asia dan SEABA untuk membangunkan permainan ini bagi mewujudkan satu kumpulan pemain serantau profesional bertaraf dunia bagi Asia Tenggara. Terdapat 6 pasukan dari 6 buah Negara yang mengambil bahagian dalam liga ini: 1.   Thailand  –   Cobras Thailand ( Bangkok) 2.   Indonesia  –   Satria Brita Ama (Jakarta) 3.   Singapura  –   Singapura pelastik (Singapura) 4.   Malaysia  –   KL Dragons (Kuala Lumpur) 5.   Brunei  –   Brunei Barakuda (Brunei) 6.   Filipina  –   Filipina Patriots (Kuala Lumpur) A TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 71 | Page   TUNE TONE une Tones adalah salah satu syarikat di bawah Tune Groups iaitu kumpulan pelaburan swasta Tan Sri Tony Fernandes, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia syarikat penerbangan kos rendah. Tune Tones menyelia pelaburan dalam media dan industri kreatif. Mereka juga terlibat dalam mempromosikan bakat tempatan dan antarabangsa melalui konsert, produksi dan filem dan pengurusan acara. Antara usaha mereka, termasuklah filem „CUCI‟ yan g memenangi Best Screen Play Award di Anugerah Festival Filem Malaysia 08/09 dan filem tersebut juga telah dicalonkan dalam World Comedy Film Festival di Bangkok pada tahun 2009. Mereka turut tercalon dalam Melbourne Malaysian Film Festival 2009. T TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 72 | Page   KEPIMPINAN TAN SRI TONY FERNANDES   ermula hanya dengan dua buah kapal terbang pada 2002, namun selepas 9 tahun AirAsia bernilai hampir RM 4 billion, mencatat keuntungan sebanyak RM549 juta, memiliki lebih 85 pesawat Airbus A320 dan A330, terbang terus melalui lebih 130 laluan perjalanan ke 70 destinasi seluruh dunia, menerbangkan lebih 20 juta orang penumpang setahun dan kini mempunyai lebih dari 8,000 orang pekerja di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Apa yang lebih menarik lagi ialah kini ia menjadi saingan syarikat penerbangan bertaraf antarabangsa utama lain yang telah lama beroperasi seperti Malaysia Airlines Sistem (MAS), Singapore Airlines (SIA) dan Cathay Pacific. Apakah kejayaan beliau ini boleh dikira nasib ataupun mengharapkan kroni yang ada dalam pentadbiran negara? Jawapannya, tidak. Pengalaman dan falsafah kerja beliau serta sifat kepimpinan yang ada pada beliau sebenarnya yang telah mengharumkan jenama AirAsia hingga ke peringkat antarabangsa. Beliau pernah berkata, "Kerja kuat. Ini bukan rahsia sebab dalam apa-apa pun kita kena kerja kuat sekiranya kita hendak berjaya. Bagi saya tidak ada jalan pintas untuk  seseorang menuju kejayaan.”  Itulah antara rahsia kejayaan Tan Sri Tony Fernandes yang bukan lagi dianggap rahsia dalam falsafah seorang usahawan. B TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 73 | Page   Kejayaan bukan datang bergolek ke tangan kita, kita tidak boleh mengharapkan kejayaan tanpa berusaha berpenat lelah siang dan malam. Kita tidak boleh memikirkan dengan kerja yang senang dan mudah, kita boleh mencapai kejayaan yang besar. Seperti beliau, banyak idea dan strategi yang disusun untuk terus memastikan AirAsia terus berkembang maju. Selain itu, sifat kepimpinan yang tinggi dalam diri beliau juga sangat membantu beliau dalam mencipta nama sebagai usahawan yang terkemuka. Seperti yang kita semua tahu, Tan Sri Tony Fernandes mempunyai sifat dan gaya kepimpinan yang tinggi dalam dirinya. Bayangkan bagaimana sebuah syarikat yang hampir gulung tikar dan mempunyai lambakan hutang boleh hidup dan beroperasi semula dengan  jayanya selepas beliau mengambil alih. Kepimpinan bermaksud keupayaan seseorang pemimpin untuk mempengaruhi pekerja dan orang bawahannya untuk mencapai matlamat syarikat. Umum mengetahui bahawa objektif penubuhan semula AirAsia ialah untuk memperkenalkan syarikat penerbangan tambang murah yang pertama di rantau ini. Maka, Tan Sri Tony Fernandes telah menyusun strategi bagi memastikan objektifnya tercapai. Semenjak beliau mengambil alih, beliau telah berjaya membuat perubahan dari segi teknologi, ekonomi, pekerja, hubungan sosial dan pembudayaan ke atas AirAsia. Pemimpin yang berwibawa mestilah mempunyai kemahiran berkomunikasi  yang tinggi seperti Tan Sri Tony Fernandes. Kemampuan berkomunikasi timbul daripada personaliti yang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi yang di asah semasa beliau belajar dan berkhidmat di England dan di Kuala Lumpur. Selain itu beliau juga menunjukkan sikap minima ego dan bersedia „  forgive and  forget‟   yang membolehkan beliau membuat TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 74 | Page   pertimbangan yang terbaik untuk syarikat dalam sesuatu waktu. Misalnya dalam berurusan dengan Kerajaan Singapura untuk mendapat kebenaran mendarat di sana beliau telah berhadapan dengan rintangan demi rintangan yang berlarutan, yang biasanya akan melunturkan semangat orang biasa. Walaupun demikian beliau masih boleh lagi berinteraksi dengan pegawai-pegawai kerajaan Singapura dengan baik, sambil menganggap detik detik pahit yang dilalui hanya sebagai cabaran dalam mengembangkan laluan AirAsia. Kini AirAsia mengadakan 26 penerbangan pergi balik dari Kuala Lumpur ke Singapura sehari. Selain itu, beliau juga sentiasa melihat dan memikirkan peluang yang boleh direbut  oleh beliau di persekitarannya. Ini juga adalah bukti bahawa Tan Sri Tony Fernandes sememangnya seorang pemimpin yang hebat. Apa yang boleh dijadikan bukti ialah beliau mendapati, selepas peristiwa 11 September, orang ramai mula takut untuk menaiki pengangkutan udara akibat daripada serangan udara di USA. Ini menyebabkan "leasing cos" menurun 40% dan lambakan pekerja berpengalaman dalam industri ini meningkat. Pada waktu ini beliau dapat melihat dari pelbagai sudut dan aspek bagi mengurangkan harga kos penerbangan dan menawarkan harga yang menarik kepada pelanggan. Perancangannya berjaya dan AirAsia berjaya menarik hati ramai orang yang pertama kali menaiki pesawat penerbangan dan ia menjadi hebahan dan kegilaan tentang tiket tambang murah ini. TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 75 | Page   Tan Sri Tony Fernandes juga mempunyai keazaman yang tinggi   dalam hidupnya untuk membolehkan semua rakyat Malaysia boleh terbang dan kapal terbang bukan lagi pengangkutan untuk orang kaya. Malah cita-cita tertingginya adalah untuk mensejajarkan  jenama AirAsia seperti jenama Coca-Cola, di mana di saat seluruh manusia di serata dunia melihat pesawat dengan dominasi warna merah, serta merta orang akan tahu itu adalah kebanggaan Malaysia iaitu AirAsia. Keazaman yang dipegang beliau ini tidak mustahil untuk dicapai kerana selepas 9 tahun, beliau membuktikan bahawa beliau berjaya membangunkan perkhidmatan pesawat tambang murah malah modul perniagaan perkhidmatan tambang rendah AirAsia menjadi ikutan pesaing-pesaingnya seperti MAS yang menubuhkan Fireflyz, SIA yang menubuhkan Tiger Airways dan Qantas Airways yang menubuhkan Jetstar Airways. Kejayaan beliau semakin luas termasuk ke pelbagai bidang seperti perhotelan, sukan formula satu dan banyak lagi. Bak kata beliau sendiri, seorang usahawan perlu sentiasa melihat dan memikirkan peluang untuk berkembang bagi memastikan angan-angan berjaya menjadi cita-cita yang berjaya dilaksanakan. Selain daripada itu, setiap kata-kata sinis yang dilemparkan pihak media terhadap beliau, beliau akan memandangnya dari sudut yang positif. Beliau tidak menganggap segala yang diperkatakan oleh media sebagai sindiran, malah langsung tidak berkecil hati dengan kata-kata negatif sebaliknya mengambilnya sebagai cabaran. TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 76 | Page   Sewaktu beliau menyuarakan hasratnya untuk mengambil alih AirAsia yang pada ketika itu sedang berdepan krisis hutang yang bernilai jutaan ringgit, ramai pihak media menganggap itu adalah kerja gila yang akan memakan dirinya semula. Tidak kurang juga media yang meramalkan beliau akan muflis hanya selepas beberapa bulan AirAsia diambilalih oleh beliau. Namun ternyata, apa yang diramalkan oleh media massa suatu ketika dahulu jauh meleset. Sebaliknya, beliau berjaya mencorakkan kejayaan AirAsia dengan acuannya sendiri dan seterusnya menjadikan AirAsia sebagai salah satu kebanggaan Malaysia di mata dunia. Terbukti kini bahawa cabaran yang membuatkan beliau semakin bersemangat malah tidak berpaling ke belakang lagi dan terus mengorak langkah untuk terus berjaya dalam bidang yang beliau ceburi. Antara pendekatan bijak lain Tan Sri Tony Fernandes dalam menguruskan syarikatnya ialah dengan menjalinkan kerjasama dengan pesaingnya  yang dilihat mampu mencabar kedudukan AirAsia dalam menawarkan khidmat penerbangan tambang murah. Terbaru, AirAsia sedang berusaha membincangkan bidang yang berpotensi dilakukan kerjasama dengan pihak berkepentingan Malindo Airways yang baharu ditubuhkan. Tan Sri Tony Fernandes berkata, dalam hubungan ini, beliau akan menemui Presiden Pengarah PT Lion Grup, Rusdi Kirana. "Kami boleh bekerjasama dengan Malindo Airways. Banyak perkara yang kami boleh jalin kerjasama. Secara peribadi, saya menghormati Rusdi yang telah melaksanakan tugas yang cemerlang di Indonesia." TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 77 | Page   Walau bagaimanapun, katanya persaingan antara AirAsia dan Malindo Airways masih berterusan. Walaupun ramai yang meragui motif beliau untuk menjalin kerjasama dengan syarikat pesaing, namun harus diingat bahawa beliau merupakan seorang usahawan yang bijak, semestinya ini juga merupakan salah satu usaha beliau untuk terus mengukuhkan  jenama AirAsia walaupun dengan kehadiran pesaing yang hebat kerana katanya, "Tanpa diragui, kami akan bersaing antara satu sama lain. Saya tahu apa yang perlu dilakukan untuk mendahului," katanya. Sebagai seorang pemimpin yang bijak Tan Sri Tony Fernandes telah berjaya memanfaatkan penggunaan internet  serta rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter. Pelan pemasaran yang sempurna melalui internet juga amat menjadi untuk AirAsia kerana mengikut kajian, kira-kira 70% sehingga 80% pembelian di internet untuk pasaran Malaysia adalah pembelian tiket kapal terbang AirAsia. Ternyata bahawa beliau sangat berinovatif dalam memastikan jenama AirAsia terus kekal segar, relevan, kompetetif serta dekat dengan  jiwa rakyat Malaysia. Dengan hanya menggunakan Facebook contohnya, AirAsia akan menwar-warkan setiap promosi yang akan dilakukan oleh AirAsia. Penggunaan teknologi seperti ini amatlah dekat dan mesra dengan pengguna. Antara strategi yang lain adalah AirAsia memastikan pengurusan kos efektif.  Hal ini kerana hanya dengan melalui pengurusan kos yang efektif sahaja yang akan membolehkan AirAsia terus menawarkan harga tambang penerbangan yang rendah pada pelanggan- pelanggannya. Kecekapan pengurusan AirAsia dalam mengawal kos terbukti dengan pengiktirafannya sebagai penerbangan tambang murah yang mempunyai kos terendah di dunia iaitu USD0.24 (RM0.82) untuk setiap tempat duduk. TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 78 | Page   Antara pendekatan lain sebagai seorang pemimpin yang diamalkan oleh Tan Sri Tony Fernandes ialah mempercayai bahawa setiap pekerja adalah aset kepada syarikat.  Tidak kira di bahagian mana mereka ditempatkan dan apa yang mereka lakukan, setiap dari mereka adalah penggerak syarikat. AirAsia menggelarkan pekerja-pekerjanya AllStars kerana bagi AirAsia faktor utama yang menyumbang kepada kejayaannya adalah peranan yang dimainkan oleh pekerja-pekerjanya. Walau secanggih manapun pesawat atau sistem pengkomputeran operasi yang digunakan oleh AirAsia, ianya tidak akan bermakna apa-apa jika tiada pekerja yang menggerakkannya. Kerana itu AirAsia dengan bangganya menyatakan di dalam laman webnya seperti berikut : Pemilihan pekerja yang tepat amat penting bagi memastikan matlamat syarikat dapat dicapai kerana apalah ertinya jika sesebuah syarikat mempunyai pemimpin yang berwibawa tetapi tidak dapat bekerjasama dengan para pekerja untuk mencapai matlamat utama syarikat. Our people are our GREATE“T A““ET. They MAKE all the DIFFERENCES in the world. Our DRIVING FORCE has always been our people. From our humble beginnings to the present  faily size of 8,000 people, we stad UNITED ad “HARE oe oo ulture.    TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 79 | Page   Selain itu, beliau juga akan memastikan budaya kuat dan cekap bekerja diterapkan di kalangan kakitangan sejak hari pertama mereka menyertai pasukan.  Ini menunjukkan bahawa beliau cuba menanam budaya baru dalam diri setiap pekerja kerana pada awalnya, kebanyakan pekerja yang diambilnya pernah bekerja di syarikat penerbangan yang lain. Sehingga kini AirAsia berjaya menggajikan kira-kira 8000 orang kakitangan pelbagai peringkat kemahiran dan profesion dari dalam dan luar negara. Oleh itu, beliau mahu mengikis budaya kerja lama para pekerjanya yang tidak bersesuaian dengan syarikat AirAsia tetapi memastikan budaya yang baik yang diamalkan di tempat kerja lama terus diamalkan. Bagi melahirkan pasukan kerja yang berkesan, AirAsia bukan sahaja memberikan latihan yang sewajarnya kepada para pekerjanya malah AirAsia mengambil inisiatif menubuhkan Unit Budaya Korporat yang yang bertanggungjawab dalam menerapkan nilai dan amalan syarikat kepada semua pekerja. Tan Sri Tony Fernandes juga mengambil pendekatan untuk melakukan kerja-kerja yang dilakukan oleh staf.  Menurut beliau, melalui cara begini beliau dapat memahami dan mengesan cabaran dalam operasi syarikat. Beliau juga cuba untuk menyamaratakan dan tidak terlalu meletakkan dirinya sebagai pengurus yang mempunyai kedudukan yang istimewa dengan hanya mempunyai ruang kerja yang terbuka dan amat kecil. Malah, apa yang lebih mengejutkan ialah beliau tidak mmpunyai bilik khas untuk dirinya malah sering menganggap bahawa beliau juga seorang pekerja biasa yang harus berkhidmat dalam syarikat. TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 80 | Page   Untuk pengetahuan bersama, AirAsia mempunyai lebih kurang 400 kakitangan di pejabat AirAsia LCCT (Terminal Penerbangan Tambang Murah) dan apa yang menariknya ialah Tan Sri Tony Fernandes mengenali hampir semua kakitangan di situ dengan mengingat nama mereka. Malah beliau akan menganggap pekerja bawahannya sebagai kawan tanpa mengambilkira status yang dipegang oleh mereka. Mereka mengamalkan sikap saling hormat-menghormati sesama kawan dan sama seperti pekerjanya menghormati beliau sebagai kawan merangkap majikan kepada mereka. Sikap yang ada dalam diri beliau ini sebenarnya amat membantunya sebagai seorang pemimpin kerana beliau mampu untuk menerangkan secara terus kepada para pekerjanya tentang misi, visi dan matlamat syarikat yang ingin dicapai kerana tidak terlalu banyak hierarki atau jurang yang boleh menyebabkan renggangnya hubungan antara kakitangan dan kelebihan cara ini ialah misi, visi dan matlamat akan mudah untuk dicapai disebabkan para pekerja akan amat jelas tentang perkara itu setelah diterangkan sendiri oleh pemimpin tertinggi mereka. Selain daripada yang telah dinyatakan, Tan Sri Tony Fernandes juga seorang pemimpin yang berfikiran terbuka dan sangat mempercayai kebolehan para pekerjanya.  Buktinya, beliau sedia untuk mendengar pandangan dan idea daripada pekerja dari setiap peringkat selain daripada memberi ruang kepada pekerjanya untuk melaksanakan idea tersebut. Idea yang bagus dan hujah yang bernas oleh pekerja akan diberikan perhatian. Apa yang nyata, Tan Sri Tony Fernandes bukan sahaja bangga dengan kejayaan perniagaan syarikat penerbangannya, tetapi beliau juga amat berbangga dengan pekerja-pekerja bawahannya. Beliau kerap memuji bakat-bakat yang ada dalam kalangan kakitangan dan TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 81 | Page   mempunyai keyakinan kepada mereka. Sebagai contoh beliau memberi kepercayaan kepada pekerjanya untuk mencipta sendiri baju seragam pramugari wanita. Selain itu, untuk melengkapkan lagi dirinya sebagai seorang pemimpin yang berwibawa, beliau akan memberikan berbagai insentif kepada mereka yang cemerlang dalam memberikan sumbangan kepada syarikat.  Insentif bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit. Pekerja yang bekerja bersungguh-sungguh walaupun memiliki kelulusan yang rendah akan diberikan peluang untuk pengembangan karier mereka. Contohnya ialah pramugara-pramugara di AirAsia akan diberi peluang untuk belajar dan mendapatkan lesen untuk menjadi juruterbang. Tan Sri Tony Fernandes juga mengamalkan salah satu strategi bisnes AirAsia yang unik iaitu dengan membina hubungan dengan rakyat Malaysia.  Setiap kejayaannya, kecil atau besar, bukan sahaja diraikan tetapi diwar-warkan sama ada di laman web mereka atau dihebahkan melalui media dan dipaparkan sebagai kejayaan rakyat Malaysia bersama bukannya hanya kejayaan AirAsia atau Tan Sri Tony Fernandes semata-mata. Malah di dalam blognya, beliau sendiri menyatakan : “eagai seuah egara, kita perlu peraya ahawa kita apu elakuka apa sahaja. Kita mampu menjadi yang terbaik. Anak-anak kita perlu berhenti memandang tinggi kepada ikon dan individu dari negara luar seperti Manchester United, Ferrari dan Steve Jobs. Berhenti menganggap bahawa yang terbaik hanya datang dari luar negara. Kita perlu mula percaya bahawa sebagai rakyat Malaysia kita boleh. Kita boleh bersaing da ejadi yag teraik di duia.    TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 82 | Page   Untuk memastikan gambaran positif terus diberikan oleh para pelanggan, AirAsia turut merancang untuk menarik minat pelanggan dengan cara yang mudah. Tan Sri Tony Fernandes mahu setiap kali pelanggan-pelanggannya terlihat atau terdengar sesuatu yang khusus, mereka terus membayangkan AirAsia beserta dengan servis-servis yang ditawarkan  juga. Dan tanggapan itu haruslah sesuatu yang positif. “Tagline.”  Satu kata itu terus difikirkan ketika beliau mengambil alih AirAsia. Pada tanggapan beliau AirAsia harus punya tagline yang benar-benar menggambarkan mimpinya. Selain itu, tagline yang dipilih mesti membuatkan setiap insan yang melihat mahupun yang mendengarnya berasa terpikat dengan apa yang ditawarkan. Akhirnya, beliau bejaya mencipta ilham yang terus digunapakai hingga kini iaitu 'Now everyone can fly' . Ternyata, tagline ini memang menggambarkan mimpinya yang sudahpun beliau capai. Apa yang menarik mengenai strategi-strategi bisnes AirAsia ini ialah ianya bersifat universal. Strategi-strategi tersebut bukan sahaja boleh digunakan oleh bisnes yang bersaiz besar malah juga yang bersaiz kecil dan baru hendak mula bertapak. Dan dengan membuat rujukan kepada strategi bisnes yang telah terbukti berkesan seperti di atas, ia dapat membantu para pemilik bisnes meminimumkan risiko serta mengelakkan mereka mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh mereka yang terdahulu terlibat dalam bisnes.   TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 83 | Page   Ketika mana AirAsia membuka laluan ke UK, seorang lelaki mendekati Tan Sri Tony Fernandes dan berkata, “S  aya meniru setiap satu yang AirAsia lakukan ke atas perniagaan kecil saya. Sekarang saya susah.” Apa yang berlaku ialah kata lelaki itu, “Dahulu saya hanya ada satu trak sahaja. Disebabkan meniru AirAsia, trak saya bertambah dan saya susah kerana mahu mengendalikan operasi yang  semakin sibuk.”  Ini merupakan contoh terbaik bahawa strategi bisnes yang digunapakai oleh Tan Sri Tony Fernandes sangat berkesan selain daripada berkat usaha dan bakat sebagai pemimpin yang ada dalam dirinya juga yang membuatkan AirAsia berjaya hingga kini. Secara kesimpulannya, Tan Sri Tony Fernandes ternyata bermula dari seorang ahli muzik yang biasa sahaja, sederhana dan kuat bergurau. Jenaka selamba kerap diselang selikan diantara ucapan beliau. Tapi disebalik itu didalam dirinya tersemat satu azam dan keinginan yang tinggi untuk mencapai matlamat beliau. Apa yang boleh dilihat pada mata kasar ialah Tan Sri Tony Fernandes bukan sekadar seorang yang bertuah tetapi dia mempunyai semangat yang kuat. Impian dan keinginan beliau ditambah dengan modal yang sedia ada, sikap yang sanggup mengambil risiko memacu kearah terbentuknya Syarikat AirAsia. Usaha beliau bersama yang tidak mengenal jemu dan putus asa amat baik untuk dicontohi. „Dream the undreamable,  believe the impossible and never take no for an answer.‟   Itu lah kata beliau. Tetapi setiap impian hendaklah disertai oleh TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 84 | Page   usaha yang mantap dan berterusan. Konsep pengurusan yang diamalkan di dalam syarikat  juga boleh diteladani oleh pihak pengurusan jabatan. Apa yang penting rasa hormat perlulah dikekalkan sesama insan. Beliau tidak memandang rendah kepada cabin crew dalam syarikatnya. Malah ada diantara mereka yang diberi peluang untuk peningkatan kerjaya. Sesuatu yang hebat sekali. Sifat seorang ketua seperti inilah yang wajar dicontohi. Pasti semua kakitangan AirAsia juga mengagumi dan menghormati beliau. Sesuatu yang boleh diambil iktibar ialah manusia perlu mempunyai angan-angan atau impian. Bukan angan-angan kosong tetapi imaginasi yang cemerlang. Impian yang kemudiannya menjadi wawasan disulami dengan kegigihan serta faktor-faktor lain yang berkaitan. Tidak ada kejayaan yang mudah dan hanya menggunakan  jalan pintas. Kejayaan selalunya melalui jalan yang panjang berliku juga berduri. Hanya mereka yang betul-betul berusaha dan rajin berdoa mampu menggapai yang dihajati seperti Tan Sri Tony Fernandes. TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 85 | Page   SUMBANGAN   ebagai syarikat korporat terkemuka, terdapat pelbagai sumbangan AirAsia kepada masyarakat, salah satunya ialah di Mesir iaitu misi menyelamatkan rakyat Malaysia yang terperangkap di negara itu sewaktu pergolakan dalaman sedang berlaku di negara tersebut. Tan Sri Tony Fernandes berusaha membawa pulang sebahagian besar rakyat Malaysia yang terperangkap di sana kerana keadaan sangat berbahaya pada ketika itu. Misi yang seumpama itu juga dibuat ketika Jepun dilanda Tsunami, dan sewaktu New Zealeand dilanda gempa bumi. Ramai rakyat Malaysia yang menetap di sana telah dibawa pulang ke Malaysia. Sesungguhnya, usaha murni beliau itu amat dihargai oleh pihak keluarga yang dibantunya kerana kebanyakan insan yang terperangkap di luar negara pada ketika itu merupakan pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di sana dan mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli tiket kapal terbang dengan biaya sendiri. Tan Sri Tony Fernandes juga telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat. Pada ketika itu tercetusnya krisis yang menyebabkan masyarakat takut untuk menaiki pengangkutan udara dan banyak syarikat penerbangan rugi dan mengambil tindakan dengan membuang ramai pekerja yang berpengalaman. Tan Sri Tony Fernandes menawarkan pekerja-pekerja tersebut bekerja di syarikatnya. Kejayaan Syarikat penerbangan AirAsia telah meningkatkan pendapatan ekonomi negara selain menaikkan nama Malaysia di mata dunia. S TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 86 | Page   PENCAPAIAN   TAHUN 2012 Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Duniaoleh Skytrax bagi tahun keempat berturut-turut dalam kajian Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax.AirAsia telah menerbangkan lebih 150 juta penumpang sejak dilancarkan 10 tahun lepas, dengan misi untuk mendemokrasikan perjalanan udara di rantau ini, dengan operasi yang menguntungkan.Antara anugerah yang dimenangi AirAsia :    Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia    Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia menerusi anugerah kepuasan pelanggan.    syarikat penerbangan tambang rendah terbaik bagi tahun keempat berturut- turut    Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia dipilih sebagai TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 87 | Page   "Value Airline of the Year" pada majlis anugerah pencapaian industri Syarikat Penerbangan Pengangkutan Udara Dunia (ATW) ke-38. Anugerah Pencapaian Industri ATW Syarikat Penerbangan merupakan paling lama dan paling dihormati dalam anugerah industri penerbangan.    Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd (AirAsia), Tan Sri Tony Fernandes, semalam dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Inovasi Perniagaan sempena Konvokesyen ke-44 Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Ia bagi menghargai jasa beliau berikutan kejayaannya menjadi perintis kepada penubuhan AirAsia, syarikat penerbangan tambang murah pertama negara. Ijazah disampaikan Pro Canselor UTM yang juga Sultanah Johor, Raja Zarith Sofiah di Dewan Sultan Iskandar UTM. TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 88 | Page      Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd., berjaya menggondol empat anugerah berprestij untuk prestasi cemerlangnya tahun lepas pada majlis Anugerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).Syarikat penerbangan itu memenangi anugerah Syarikat Penerbangan Terbaik, Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik, Syarikat Penerbangan Asing Terbaik (Indonesia AirAsia) dan Syarikat Penerbangan Asia Tenggara Terbaik.Anugerah KLIA yang diperkenalkan pada 2006 ialah satu- satunya majlis anugerah dalam negara yang memberi pengiktirafan kepada syarikat terbaik dalam industri penerbangan.    Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes telah dinamakan sebagai 'Businessman Antarabangsa Tahun' GQ India di Lelaki GQ daripada 2012 TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 89 | Page   Anugerah Tahun yang diadakan di Mumbai baru-baru ini.Tony, sangat diiktiraf untuk tindakan berpengaruh untuk terus membentuk cara industri penerbangan telah berkembang, menyertai barisan lelaki lain dibezakan yang telah memenangi Lelaki GQ anugerah Tahun sebelum ini seperti John Travolta, Rahul Dravid, Amitabh Bachchan, Shahrukh Khan dan Anil Kapoor, antara lain TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 90 | Page   TAHUN 2011    Pengangkut Tambang Murah Terbaik Asia oleh TTG Travel Awards 2011      Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Dunia      Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Asia oleh Skytrax      Syarikat Terbaik untuk Hubungan Pelabur  –   Saiz Sederhana      Laman Web Hubungan Pelabur Terbaik     –   Saiz Sederhana oleh Persatuan Perhubungan Pelabur Malaysia (MIRA)      AirAsia Sdn. Bhd. merebut tiga anugerah utama bagi perhubungan pelabur (IR) dengan menewaskan syarikat senaraian awam di Malaysia. Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, dinobatkan sebagai CEO Terbaik bagi Perhubungan Pelabur   TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 91 | Page      Anugerah Pengangkut Kargo Tambang Murah Terbaik Asia oleh Anugerah Penerbangan Asia 2011 AIRASIA Bhd (AirAsia), syarikat penerbangan utama kos rendah Asia memenangi Anugerah Syarikat Penerbangan Kargo Kos Rendah Terbaik Asia 2011 di majlis Anugerah Penerbangan Asia yang diadakan di Ekspo Asia World, bersempena persidangan Aeroangkasa Asia 2011 di Hong Kong.      Syarikat Penerbangan Asing Paling Pesat Berkembang bagi Kargo oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun Guangzhou      Anugerah Syarikat Terurus Terbaik Asiamoney 2010   CBE    Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, menerima "Commander of the Order of the British Empire" (CBE), anugerah daripada Ratu Elizabeth II TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 92 | Page   di London. Penghargaan tersebut diberikan kerana khidmatnya mempromosi hubungan komersil dan pendidikan antara UK dan Malaysia . TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 93 | Page   TAHUN 2010    CEO Terbaik Global Masterclass(anugerah kelas tertinggi) dianugerahkan kepada Tan Sri Tony Fernandes. Anugerah itu disampaikan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin dan Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda Umno, Datuk Sohaimi Shahadan.      Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Dunia oleh Skytrax      AirAsia diundi sebagai Anugerah Pendatang Baru Industri Kargo Udara di Anugerah Kargo Udara Dunia ACW 2010 oleh Air Cargo Week    TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 94 | Page      Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes telah dipilih sebagai penerima anugerah berprestij Nikkei Asia di Tokyo di atas sumbangannya kepada pertumbuhan di rantau Asia.Anugerah yang disampaikan oleh penerbit surat khabar Jepun terulung Nikkei Inc., bagi menghargai peranan beliau terhadap industri penerbangan di rantau ini. TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 95 | Page   TAHUN 2009    Syarikat Penerbangan Terbaik Tahunan oleh Pusat Penerbangan Asia Pasifik (CAPA )    Tony telah menerima Anugerah Kecemerlangan dalam Kepemimpinan Frost & Sullivan 2009 oleh Frost & Sullivan      Pengangkut Tambang Murah Terbaik Asia oleh TTG Travel Awards 2009      Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Dunia oleh Skytrax    Tan Sri Tony Fernandes, dinobatkan sebagai „CEO Syarikat Penerbangan 2009‟ oleh majalah Jane''s Transport Finance di London. Dalam kenyataan baru-baru ini, syarikat itu berkata, anugerah berkenaan diberikan berdasarkan kejayaan Tony memacu TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 96 | Page   AirAsia menjadi penerbangan kos rendah terbaik dunia dan yang terbesar di Asia. Majalah Jane‟s Transport Finance dari UK adalah pembekal maklumat pasaran dan penyelesaian bersepadu kepada sektor pengangkutan, keselamatan awam, pertahanan, keselamatan dan undang- undang.Penerbitan itu memberikan anugerah tahunan kepada mereka yang cemerlang dalam sektor penerbangan, lapangan terbang, kereta api, jalan raya dan perkapalan TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 97 | Page   TAHUN 2008    Anugerah Kehormat untuk Pengangkutan Komersial Terbaik ke Lapangan Terbang daripada Aviation Week       Tony dianugerahkan Anugerah Ikon Jenama Malaysia oleh Timbalan Perdana Menteri YAB Dato' Seri Najib Tun Razak di Forum Jenama Global Malaysia      AirAsia  –   Antara 30 Jenama Paling Bernilai di Malaysia Tahun 2008 oleh Jenama-jenama Malaysia Paling Bernilai (MMVB )    Anugerah Kecemerlangan Organisasi PIKOM ICT oleh Persatuan Industri Komputer dan Multimedia (PIKOM)      AirAsia X  –  Syarikat Penerbangan Baru Terbaik Tahun 2008 oleh Pusat Penerbangan Asia Pasifik (CAPA)      Pengangkut Tambang Murah Terbaik Asia oleh TTG Travel Awards 2008      Jenama Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik & Jenama Korporat Ketiga TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 98 | Page   Terbaik di Malaysia oleh Tinjauan Kumpulan Pulse      Syarikat Penerbangan Baru Terbaik Dunia (AirAsia X) oleh Anugerah Sistem Penerbangan Tambang Murah Dunia Budgie 2008      Anugerah Rakan Negara Thai 2008 oleh Lembaga Pelancongan Thailand      Tinjauan 1000 Jenama Terbaik di Asia Pasifik 2008 (AirAsia- Antara 5 Syarikat Penerbangan Terbaik) oleh Taylor Nelson Sofres      Syarikat Penerbangan Bajet Terbaik Asia menurut Undian Terbaik dalam Industri Pelancongan 2008 oleh SmartTravelAsia.com      AirAsia meraih Anugerah Strategi Syarikat Penerbangan dalam Kategori Kewangan oleh Airline Business      AirAsia diiktiraf sebagai salah satu daripada 50 Syarikat Paling Inovatif di Dunia oleh FastCompany.com   TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 99 | Page      Kepimpinan Penembusan Pasaran Penerbangan Terbaik Tahun 2008 oleh Frost & Sullivan      Pemimpin yang Semakin Menonjol dalam 10 Tahun Akan Datang oleh Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura (SIIA) dengan kerjasama AXN Asia      Anugerah Kepujian Prestij atas sumbangan cemerlang di Macau oleh Wilayah Pentadbiran Khas Macau   TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 100 | Page   TAHUN 2007    Syarikat Penerbangan Terbaik Tahun 2007 oleh Pusat Penerbangan Asia Pasifik (CAPA)      Syarikat Penerbangan Bajet Terbaik Asia menurut Undian Terbaik dalam Industri Pelancongan 2007 oleh SmartTravelAsia.com      Anugerah Strategi Perkembangan Modal Insan Syarikat Penerbangan oleh Frost & Sullivan      Syarikat Baru Muncul Terbaik Asia dari segi Tadbir Urus Korporat oleh The Asset      Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik di Asia oleh Skytrax      Anugerah The BrandLaureate 2006- 07 kerana kecemerlangan jenama dalam Kategori Syarikat Penerbangan  –    Pengangkut Tambang Murah   TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 101 | Page   TAHUN 2006    Usahawan Terbaik Malaysia Tahun 2006 oleh Ernst & Young dianugerahkan kepada Tan Sri Tony Fernandes      Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Tahun 2006 dalam Anugerah KLIA oleh Malaysia Airports Holdings Berhad      Anugerah Merit bagi Syarikat Penerbangan Terbaik CAPA Tahun 2006 oleh Pusat Penerbangan Asia Pasifik (CAPA)      Syarikat Penerbangan Bajet Terbaik Asia menurut Undian Terbaik dalam Industri Pelancongan 2006 oleh SmartTravelAsia.com      Syarikat Terurus Terbaik, Tadbir Urus Korporat Terbaik, Hubungan Pelabur Terbaik, dan Paling Komited Terhadap Dasar Dividen Kukuh menurut Undian Pelabur Tahunan oleh FinanceAsia.com   TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 102 | Page   TAHUN 2005    Eksekutif Penerbangan Terbaik CAPA Tahun 2005 dianugerahkan kepada Tan Sri Tony Fernandes      Anugerah Kepimpinan Kos Rendah/Serantau dalam Anugerah Strategi Perniagaan Syarikat Penerbangan 2005 oleh Airline Business  –   dianugerahkan   kepada Tan Sri Tony Fernandes      Anugerah Kepimpinan Pasaran Penerbangan oleh Pengangkutan Udara Sedunia (ATW)      Anugerah Kecemerlangan Syarikat Pengangkutan oleh Ports World Sdn. Bhd      Antara 200 Syarikat “Best Under A Billion" Terbaik Asia oleh Forbes Asia      Kad Kredit AirAsia RHB oleh Superbrands    Program Cip Terbaik untuk Anugerah Kepimpinan Pemasaran MasterCard 2005 oleh MasterCard   TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 103 | Page   TAHUN 2004      Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Asia Pasifik Tahun 2004 Oleh Pusat Penerbangan Asia Pasifik (CAPA)    Eksekutif Penerbangan Terbaik Asia Pasifik Tahun 2004 dianugerahkan kepada Tan Sri Tony Fernandes, CEO Kumpulan oleh Pusat Penerbangan Asia Pasifik (CAPA)      Anugerah Iklan Kos Rendah Asia Pasifik untuk Iklan Cetak Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Asia Pasifik / Timur Tengah 2004 oleh Pusat Penerbangan Asia Pasifik (CAPA)      Syarikat Terurus Terbaik Asia dalam Sektor Talian Udara dan Penerbangan oleh Euromoney      Syarikat Terbaik yang Baru Tersenarai Dalam Bursa Saham TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 104 | Page   (Tempat ketiga) oleh Euromoney      Anugerah Serantau Triple A untuk Tawaran Awam Permulaan (IPO) Syarikat Penerbangan Terbaik bagi tahun 2004 oleh Majalah The Asset      Tawaran Awam Permulaan Terbaik Tahun 2004 oleh The Edge Singapore      Senarai penerima anugerah 25 Bintang Asia (Tan Sri Tony Fernandes ) oleh Business Week       „Pakaian Seragam Terbaik‟ untuk Pertandingan Ratu Cantik Syarikat Penerbangan Antarabangsa 2004 Pertunjukan Udara ke-5 China, Zhuhai      Anugerah Kepimpinan Pasaran, Anugerah Pencapaian Syarikat Penerbangan 2005 oleh Majalah Pengangkutan Udara Dunia (ATW ) TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 105 | Page   TAHUN 2003      Syarikat Penerbangan Sedang Membangun Terbaik Tahun 2003 oleh Jurnal Airfinance    Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik Tahun 2003 (Tan Sri Tony Fernandes) oleh Business Times dan American Express    Antara 100 Penerima Utama Anugerah CIO untuk kecemerlangan dalam pelaksanaan strategik IT    Memperoleh status Superbrand Malaysia oleh Superbrands International    www.airasia.com diundi sebagai laman web paling popular untuk pembelian dalam talian menurut Tinjauan ke-11 Pengguna Internet Malaysia yang telah dikendalikan oleh AC Nielsen Consult TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 106 | Page   BIBLIOGRAFI   BERNAMA. (2011). AirAsia Rangkul 3 Anugerah MIRA. Berita Harian Online. Diambil November 5, 2012, dari http://www.bharian.com.my/articles/AirAsiarangkul3anugerahMIRA/Article/ Peter Tan. (2007).  AirAsia‟s Dato‟ Tony Fernandes Promises To Resolve Problems Faced By   Disabled Persons. Diambil November 8, 2012, dari http://www.petertan.com/blog/2007/07/20/airasias-dato-tony-fernandes-promises-to- resolve-problems-faced-by-disabled-persons/ Shamshul Fitri. (2012). Tony Fernandes realises dreams of bringing QPR to Malaysia. TheStar Online. Diambil November 14, 2012, http://football.thestar.com.my/2012/06/23/tony-fernandes-realises-dream-of-bringing- qpr-to-malaysia/ B. K. Sidhu. (2012). AirAsia CEO Tony Fernandes said to be in talks to buy S. Korean airlines. TheStar Online. Diambil November 18, 2012, dari http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/10/11/business/12153581&sec=b usiness Tunes Hotels. WIKIPEDIA. The Free Encyclopedia. Diambil November 20, 2012, dari http://en.wikipedia.org/wiki/Tune_Hotels Tune Group. Diambil November 23, 2012, dari www.tunegroup.com Hazaldin. Dato Kamaruddin Meranun. Diambil November 24, 2012, dari http://hazis.wordpress.com/buku-tamu-silatul-rahim/dato-kamaruddin-meranun/ TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 107 | Page   Doddy Hw. (2012). Melihat Strategi Bisnis AirAsia dari Perspektif Service Science. Diambil November 27, 2012, dari  http://doddyhw.wordpress.com/2012/05/20/melihat-strategi- bisnis-airasia-dari-perspektif-service-science/ Ron Gluckman.  AirAsia‟s Unconventional Adventure.  Diambil November 28, 2012, dari http://www.gluckman.com/AirAsia2009.htm D A H Ikhwan. (2012). Tony Fernandes dan AirAsia. Diambil November 12, 2012, dari http://dahalmi.wordpress.com/2012/08/15/tony-fernandes-dan-air-asia/ Afique. (2012). Kisah Inspirasi Jutawan Tony Fernandes. Diambil November 10, 2012, dari http://amazingnara.com/kisah-inspirasi-jutawan-tony-fernandes (2009). Tony Fernandes-AirAsia. Diambil November 2, 2012, dari tokohwibawa.blogspot.com (2007). Interview with Tony Fernandes. Diambil November 13, 2012, dari http://edition.cnn.com/2007/WORLD/asiapcf/09/20/talkasia.fernandes/index.html (2008). Tony Fernandes Blog-Sharing His Business Secrets. Diambil November 23, 2012, dari  http://themalaysianlife.blogspot.com/2008/09/tony-fernandes-blog.html (2012). The Entrepreneur. Diambil November 19, 2012, dari www.tonyfernandesblog.com (2012).Tony Fernandes. StudyMode.com. Diambil November 10, 2012, dari http://www.studymode.com/essays/Tony-Fernandes-945050.html (2011). .Air Asia Company Profile. StudyMode.com. Diambil November 8, 2012, dari http://www.studymode.com/essays/Air-Asia-Company-Profile-665148.html TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 108 | Page   (2012). Ldr 531 My Leadership Style. StudyMode.com. Diambil November 2, 2012, dari http://www.studymode.com/essays/Ldr-531-My-Leadership-Style-1013981.html (2011). SAH! Tony Fernandes Pemilik Baru Kelab Bola QPR. Diambil November 24, 2012, dari http://www.mstar.com.my/variasi/sukan/cerita.asp?file=%2F2011%2F8%2F18%2Fm star_sukan%2F20110818215805&sec=mstar_sukan Profile-Tony Fernandes of AirAsia. Diambil November 11, 2012, dari http://www.skorcareer.com/malaysia-eng/tonyfernandes-airasia-profile.htm Zamri Mohamad. (2011). Cerita di sebalik AirAsia dan Bisnes. Diambil November 20, 2012, dari  http://zamrimohamad.com/blog/peniaga-semakin-susah-meniru-bisnes-air-asia/ (2012). AirAsia Beli Batavia Air. Diambil November 9, 2012, dari bm.mlaysia- chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=27360%3Aairasia-beli- batavia-air&Itenid=3 Mazlan Mohamad. Strategi Bisnes Tony Fernandes membangunkan AirAsia. Majalah Niaga. Diambil November 3, 2012, dari id.baixardoc.com/doc/59759254/Majalah-Niaga-edisi-16 (2011). Tony Fernandes Terima CBE Dari Ratu Elizabeth II. Diambil November 10, 2012, dari http://www.gua.com.my/berita- artis/Tony_Fernandes_Terima_CBE_Dari_Ratu_Elizabeth_II.html Kisah Insprasi Jutawan Tony Fernandes. Diambil November 28, 2012, dari http://nicezones.blogspot.com/2012/03/kisah-inspirasi-jutawan-tony- fernandes_8951.html TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 109 | Page   Zuraidah Mohamed. (2010). Tony Fernandes Tokoh Perniagaan Terbaik 2010 Forbes. Diambil November 2, 2012, dari http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TonyFernandesTokohPerniagaanTerbaik  2010Forbes/Article/ Rajmah Hassan. (2012). Tiga Syarikat Kumpulan AirAsia disenarai 2013. UTUSAN ONLINE. Diambil November 17, 2012, dari http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20121012/ko_03/Tiga-syarikat- kumpulan-AirAsia-disenarai-2013 Asiah Ismail. (2012). Perkongsian: Ucapan Tan Sri Tony Fernandes. Diambil November 6, 2012, dari http://portalintelektualjpans.blogspot.com/2012/10/laporan-ucapan-tan-sri- tony-fernandes.html Haizal Ramdzan. (2011). Jutawan  Malaysia: Tan Sri Tony Fernandes … now everybody can fly!!!. Diambil November 19, 2012, dari http://kisahjutawan.blogspot.com/2011/06/jutawan-malaysia-tan-sri-tony.html Chris Hockley. (2012). Fernandes finds reasons to be cheerful. The Sun. Diambil November 19, 2012, dari http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/sport/motorsport/4209274/Tony-Fernandes- believes-Caterham-F1-will-be-competitive-in-Malaysian-Grand-Prix.html Joe Fernandez. (2012). Woes keep piling up on Tony F. Diambil November 19, 2012, dari http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/03/21/woes-keep-piling-up- on-tony-f/ TOKOH PEMIMPIN : Tan Sri Tony Fernandes 110 | Page   (2012). Tony Fernandes ushers in New Caterham Team Principal. Diambil November 20, 2012, dari http://www.thechoice.my/featured-articles/63063-tony-fernandes-ushers- in-new-caterham-team-principal (2011). Tan Sri Tony Fernandes, AirAsia Berhad. Diambil November 20, 2012, dari http://www.mifc.com/index.php?ch=menu_foc_suk&pg=menu_foc_sukuk_vwpoints &ac=765